Tuesday, July 23, 2013

Membeli barang keperluan dapur di kedai Oriental - Market City Gourmet Foods

Kedai Oriental di Market City ini merupakan antara kedai oriental yang besar di Perth serta menjadi tumpuan pelanggan terutamanya setiap hujung minggu. Kedai ini dibuka setiap hari dan hujung minggu agak sibuk kerana setiap hari Sabtu ada pasar segar menjual daging dan ikan di pasar bersebelahan manakala pada hari Ahad pula ada Sunday Market di kawasan berbumbung. Boleh klik SINI untuk lihat maklumat tentang Sunday Market.

Selain itu ada beberapa kedai lagi di kawasan ini yang membentuk seperti dataran. Bertentangan dengan kedai ini ialah kedai sayur dan makanan laut. Saya akan masukkan gambar kedai sayur dalam entry seterusnya selepas ini.

Jom tengok barang apa yang ada di sini. Pendek kata tak susah juga lah nak dapatkan produk-produk dari Asia terutama dari Malaysia dan Indonesia. Kalau rindukan makanan ringan seperti maruku pun ada dijual di sini.

Alamat kedai:
Market City Gourmet Foods
Shop 4 Market City
280 Bannister Road
WA 6155
Laman web: http://www.perthmarket.com.au/
Segala jenis sos, kicap, sambal dan sebagainya boleh didapati di sini

Perencah adabi pun ada.. sayur goreng, mi bandung, rempah kari dan lain-lain

Sardin, sotong, kerang dalam tin dan lain-lain

Ketupat dan fucuk..sedap buat sayur fucuk dengan suhun..  :)

Beras dan kelengkapan memasak.. periuk kukus pun ada

Mangkuk kecil boleh buat masak lompang. Tak beli sebab dah bawa acuan plastik dari Msia

Petai dalam tin, cili jeruk semua ada. Tengok tu dah sambar dapur satay dah :)

Maruku dan snek makanan ringan

Budak-budak kalau tengok ni mesti suka..

Tat nenas! Dulu sy suka tolong mak sy buat tat jenis ni jugak.. 

Ni lah rupanya kedai yang dimaksudkan itu

12 comments:

  1. Agaknya, kt gold coast ada tak kedai oriental mcm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan search guna google, mmg ada kedai oriental di Gold Coast. Tp tak pastilah produk apa yg ada kat kedai tu.. samaada banyak brg dari Msia/Indonesia atau negara Asia yg lain spt Jepun/Korea. Kedai di atas milik org Indonesia, sbb tu byk brg dr Indonesia dan Msia

      Delete
  2. kedai tu mmg jual brg2 dr asia tenggara ke kak? betul ke asia tenggara tempat kite hehehe...

    senang lah nk cari keperluan dr malaysia yek kak... mcm2 ada, wah2 nk bersate2 lah pasni ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Dana, kebanyakannya dari Indon dan juga dr tempat kita.. nak bayar kat cashier pun boleh ckp melayu aje hehe..

      Sgt senang nak cari bahan serba serbi ada.. yess tepat sekali lepas ni senang la nak bersate2.. kan Dana? :)

      Delete
  3. Banyak jugak pilihan di Perth ni berbanding dengan Adelaide, Kak Ummi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pilihan kat kedai dan kedainya pun banyak, Gina. Yang dekat dengan rumah pun ada tapi kalau nak beli banyak2 mmg k umi ke kedai ni. Lagipun harga berbeza2.. kat sini agak murah juga :)

      Delete
  4. Replies
    1. Betul Normi, rasa cam beli brg kat kedai runcit di kg aje la :D

      Delete
  5. first time singgah blog ni, sgt tertarik sbb sy akan ke Perth September nnt..mcm best je Sunday Market tu..Sy smpai di Perth awal pagi hari ahad, cadangan awal, nk pickup kereta sewa kt Bayswater Car Rental dan terus ke Fremantle, agak2 senang tak nk pergi ke sunday market ni? klu senang boleh tmbh itinerary..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Yayanrahman,
      Pickup kereta kat Bayswater cawangan mana tu? Sunday market ni terletak di arah berbeza dari laluan ke Fremantle. Ada sunday market yang lebih dekat di Belmont Shopping Centre. Atau kalau on the way ke Fremantle, boleh singgah di Sunday Market Melville atau Kardinya.

      Delete
    2. hari tu tak sempat nk bukak blk blog ni..anyway dah selamat balik dh pun dr Perth..:)
      sy pergi yg kt Bannister road..dekat jugak daripada tmpt pick up kereta ke Adelaide Tce..saje nak jalan2 sebab masih awal pagi..hehe..tgh ada mood nk update blog ni..singgah2 la kalau free..hehe

      Delete
    3. Baru singgah blog Yayan tadi, Best baca..Jangan lupa update lg ok ;)

      Delete