Tuesday, July 30, 2013

Bunga Ros dan Sotong Goreng Celup Tepung

Semasa beli pokok bunga ros mini warna pink ni, ada satu kuntum saja yang berkembang. Lama juga saya tunggu dia kembang betul-betul macam bunga lain tapi tak menjadi juga. Bila dua kuntum lagi kembang baru perasan rupanya setakat ni saja kembangnya.. Dah tu kelopaknya tebal berlapis-lapis. Walaupun begitu bunga ni tetap cantik dan istimewa bagi saya disebabkan warna dan juga keunikan kembangnya itu.

Tepung magik ini pula dibawa oleh kawan saya sepasang suami isteri yang saya anggap macam adik-adik saya jugaklah. Diorang datang ke sini tidak berapa lama dulu atas urusan kerja dan kemudian menziarahi kami. Terima kasih atas ingatan bawa ole-ole yang sangat best ni, dah cuba goreng sotong dan ayam guna tepung ni memang betullah sedap.. :)
Cantik kan?

Bunga ros aiskrim lagi

Tepung Magik

Terima kasih Hannani :)


Sotong goreng celup tepung yang sedap


Rangup sebijik macam makan kat kedai makan seafood

8 comments:

  1. Salam Kak Umi..cantiknya ros pink tu..berlapis2 kelopak dia.
    Hehe...sutun2 tu mengiurkan...rupa dia mcm sotong kat umbai.pagi2 ni tgk boleh bikin lapa..nasib baik da sahur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hannani,
      Itulah.. lama betul nak tunggu dia kembang. Sekarang dah kena potong habis tunggu spring pulak.
      Hehehe sama cam sotong kat umbai? sama lah k umi pun tengok gambar ni jd lapar balik :)

      Delete
    2. Ha ah umbai kat parameswara tu..yum yum..kat sana diorang bagi cuti raya x kak umi?

      Delete
    3. K umi tak pernah sampai umbai.. lgpun nk mkn seafood balik kg dah boleh mkn.. rindu mi udang, kerang bakar/rebus.. fuhhh

      Sini takde cuti tp kalau amik cuti diorang faham dan respect :)

      Delete
    4. Pegh mee udang,kerang bakar..sedap tu..ni pun teringat mee bandung kak Umi buat...nak cari kat kl sebijik camtu xdpt la..huhuhu
      Oo bagus mat salleh ni kan..okla dpt gak smyg raya & melawat rumah mmber2 :)

      Delete
    5. Jomlah jalan2 penang, Hannani.. nak tak? ala mi bandung simple je. Nk mkn datanglah lagi hehehe..

      Itulah.. yiyi excited pulak nak ajak kawan2 dia dtg beraya. Siap bgtau cikgu pulak.. adoi.. nak ajak sorang dua tu ok la jugak :p

      Delete
  2. sdapnya umi...cantik sgt bunga ros tu..:)

    ReplyDelete