Thursday, February 6, 2014

Mozart's Patisserie - Inglewood

Sudah agak lama juga terbaca nama kedai ni dalam direktori halal WAHA (Klik SINI). Jadi teringin juga tengok apa yang menarik.. sudah tentulah pastry dan kek kan?

Sesampainya kami ke sini, terus masuk ke dalam kedai dan tercari-cari sijil halal yang biasanya dipamerkan di premis yang mendapat sijil halal. Bila saya tujukan pertanyaan kepada seorang pekerjanya disitu: adakah betul kedai ini menjual kek yang halal?, beliau tidak faham dan terpinga-pinga sebelum masuk ke bahagian dapur dan memanggil seorang lagi pekerja di situ. Saya bertanya sekali lagi dan barulah kami dimaklumkan oleh pekerja tersebut bahawa tidak semua produk di situ halal dan beliau meminta kami memilih produk yang dikehendaki dan akan dimaklumkan sama ada halal atau tidak. Terkejut seketika kerana ingatkan semuanya halal.

Untuk makluman semua kek span yang disitu adalah tidak halal. Memandangkan sudah susah-susah datang kami telah memilih pastry dan kek yang dikatakan halal sahaja. Hmm susah juga kan?

Nota:
Sila ambil perhatian walaupun sijil halal dipamerkan, lebih baik bertanya kepada pekerja untuk kepastian. Ada satu insiden di mana kami ingin membeli makanan di kedai yang mempamerkan sijil halal tapi dimaklumkan oleh seorang pekerja muslim bahawa semua lauk pada hari itu adalah halal kecuali lamb curry. 
Mula-mula sampai agak excited

Kedai turut menerima tempahan kek halal

Aneka kek.. semua kek span tidak halal. Agaknya diletak gelatin atau alkohol?

Petit fours dan mud cake

Croissant yang agak mahal

Gingerbread biscuits

Kotak kek

Cuma beli puff pastry berintikan kastad

Dan Boston Choc Cake

10 comments:

  1. Kak Umi,itulahkan.Byk kena hati2.Mcm pernah ke wollie nak beli ayam bila one of my friend ckp ayam jenama tu halal tapi terasa nak tanya,sekali pekerja kat situ ckp tak halal pulak.lupa pulak brand apa.hihihihi.setakat ni tak jumpa lagi kedai pastry halal kat brisbane ni.sini nak cari kedai jual makanan siap yg halal payah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam brand steggles halal. Biasanya boleh tengok logo halal kat pek/kotak. Kalau tak ada logo, k umi pun tak berani nak beli. Kalau brand Ingham dulunya halal, sekarang tak halal pulak.
      Bab2 halal ni susah juga sebab ada orang yang faham selagi bukan khinzir tu maknanya halal lah. :p

      K umi terjumpa link ni cuba tengok http://www.halalfoodbrisbane.com/ Atau cuba bertanya kawan-kawan yang dah lama duduk situ tentu diorang dah expert nak cari kat mana :)

      Delete
    2. Thank u kak umi.nnt saya google.byk lagi benda nak kena tahu ni : )

      Delete
    3. Ur welcome.. nanti boleh le update kat blog mana tahu tersesat ke Brisbane boleh refer yr blog pulak :)

      Delete
  2. Salam Umi..ni la cabarannya klu dok kat luar neegarakan..kena hati2 utk membeli sesuatu brg.Kena tau status halal-haramnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Atie..
      Betul tu.. sejak duduk sini kalau beli barang mesti kena baca apa bahannya sebab tak semua ada logo halal. Yang menariknya dah banyak produk halal kat supermarket sekarang.

      Selain tu ramai juga org bukan muslim yang suka beli daging halal. Pernah seorang pekerja kedai yang non muslim bgtau daging dan ayam halal rasanya lain dan lebih sedap dan dia sendiri lebih suka makan daging/ayam halal. :)

      Delete
  3. salam Ummi ..kat luar negara tu takpe jugak..kna baca betol...kat negara sendiri pun kurang lebih pun camtu jugak..halal tak toyibban..kena berhati hati!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nekcik.. betul jugak kan. Rasanya kat sini senarai bahan lebih lengkap dan senang faham, tak ada yang tersembunyi.

      Itulah kena lebih berhati-hati. Patutnya tak perlu risaukan benda-benda macam ni dah tapi nak buat cemana kan :p

      Delete
  4. Replies
    1. Wsalam..
      Tak, saya kat perth.. bukan brisbane :)

      Delete