Wednesday, July 30, 2014

Sambutan raya 2014

Hari Ahad malam Isnin yang lepas tertunggu-tunggu pengumuman tarikh hari raya.. majoriti beraya pada hari Isnin 28 Julai, tetapi ada beberapa kawasan beraya pada 29 Julai. Pelik bukan, tapi itulah senario setiap tahun. Ada masjid/kawasan memilih tarikh mengikut negara masing-masing.

Sambutan raya kali ni paling sederhana. Beberapa hari sebelum tu dah beritahu sekolah yang anak-anak tak ke sekolah pada hari raya pertama.. hari raya kedua dah ke sekolah. Menu biasa tentulah ada ketupat/nasi impit dan lemang segera. Kuah kacang pun yang segera juga, maklumlah setakat nak makan kami 4 beranak aje. Tahun ni tak sempat buat satay sebab chef tak cuti, kena kerja pada hari raya :p

Nasi impit dengan kuah kacang
Sementara tunggu abah kerja, main ni dulu


Dah besar dah budak dua orang ni :)

Ok main ni pulak


Menu istimewa hari raya, soto ayam sempoi.. begedil xde sbb tak minat, suun pulak tak sempat goreng :)

Wednesday, July 23, 2014

Eid Mubarak

Eid Mubarak! Selamat hari raya, maaf zahir batin andai ada silap dan salah, atau ada perkataan dan perbuatan yang mengguris hati, andai sedar atau tidak. Kita semua manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Bagi yang pulang ke kampung, hati-hati dan banyakkan bersabar dalam perjalanan. Biarlah lambat asalkan selamat pulang ke pangkuan keluarga tersayang.

Tahun ni kali keempat kami beraya di sini. Walaupun kami menyambutnya secara sederhana, jauh dari sanak saudara, tapi tetap meriah kerana setiap hari ceria dengan gelak ketawa serta keletah anak-anak dan kucing kesayangan. Home is where the family is <3



Kek pandan kegemaran anak-anak.. tak ada acuan sesuai pakai bundt pan pun ok sangat :)

Tuesday, July 22, 2014

Homemade burgers

Jom buat beef burger sendiri.. kali ni cuba buat daging cincang di rumah. Resepinya mudah saja, guna resepi Jamie Oliver A Cracking Burger, tapi saya gunakan yang asas sahaja.

Saya gunakan 1kg daging untuk menghasilkan sebanyak 13 keping daging burger. Burger yang siap dibentuk ditutup dengan plastic cling wrap sehingga tiba masa untuk memasak menggunakan pan skillet. Roti bun pula saya sapu dengan butter dan toast sekejap di atas pan sebelum memasak daging burger.  Jom tengok resepinya.

Ingredients
  • 12 Jacob's cream crackers
  • 8 sprigs of fresh flat-leaf parsley
  • 500 g quality minced beef
  • 1 large free-range egg
  • sea salt
  • freshly ground black pepper
  • olive oil
  • 1 cos or round lettuce
  • 3 tomatoes
  • 1 red onion
  • 3-4 gherkins
  • 6 good-quality or fresh burger buns
  • 6 slices Cheddar cheese, optional
  • 2 heaped tablespoons Dijon mustard, optional
Method
There's nothing better than a homemade burger. Everyone loves them, they're easy to make and, if made with quality, fresh ingredients (and not over laden with greasy stuff), they certainly don't have to be unhealthy, especially if served with a salad. Once you've mastered this tasty basic recipe, you can make it your own with different herbs, spices and toppings. The sky's the limit – that's why cooking is so exciting. 

To make your burger:
Wrap the crackers in a tea towel and smash up until fine, breaking up any big bits with your hands, and put them into a large bowl.
Finely chop the parsley, including the stalks. Add the parsley, mustard, if using, and minced beef to the bowl. Crack in the egg and add a good pinch of salt and pepper.
With clean hands, scrunch and mix everything up well. Divide into 6 and pat and mould each piece into a roundish shape about 2cm thick. Drizzle the burgers with oil, put on a plate, cover and place in the fridge until needed (this helps them to firm up).

To cook your burger:
Preheat a large griddle or frying pan for about 4 minutes on a high heat. Turn the heat down to medium.
Place the burgers on the griddle or in the pan and use a spatula to lightly press down on them, making sure the burger is in full contact. Cook them to your liking for 3 or 4 minutes on each side – you may need to cook them in two batches.

To serve your burger:
Wash and dry a few small lettuce leaves, tearing up the larger ones. Slice the tomatoes. Peel and finely slice the red onion. Slice the gherkins lengthways as finely as you can. Place all this on a platter and put in the middle of the table with plates, cutlery, ketchup and drinks.
Remove your burgers to another plate and carefully wipe your pan or griddle clean with kitchen paper.
Halve your burger buns and lightly toast them on the griddle or in the pan. Also great with a chopped salad.

Jom buat daging cincang

Adun ramuan dan bentukkan, drizzle dengan minyak zaitun, cover dgn plastik dan sejukkan


Masak daging atas skillet. Oh ya lupa beli tomato, cuma hiris kobis aje la sebagai salad
Kenyang dan sedap :)

Monday, July 21, 2014

Bazaar Ramadhan @ AIC, Kewdale

Bazaar Ramadhan ini berlangsung pada hari Ahad, 20 Julai 2014 di Australian Islamic College (AIC), Kewdale mulai jam 10 pagi sehingga 3 petang. Kalau ada program macam ni tentu kami tak lepaskan peluang kerana bukan selalu ada bazaar macam ni..Tak seperti di tempat kita kan hampir setiap hari ada pasar malam,. Orang kat sini pun dah minat dengan konsep pasar malam sehinggakan mat saleh pun buat pasar malam setiap hujung minggu.. tapi nak pergi macam mana ya dah tentu makanannya tak halal. Kalau ada pun gerai halal biasanya gerai kebab :)

Maaf ya letak gambar makanan.. Kaum ibu di sini memang pakar memasak sebab semua makanan nampak menyelerakan. Banyak juga yang saya borong boleh buat berbuka sampai lah ke sahur. Bila dah berbuka dan cuba makan memang betul sedap. Siapa sangka kat sini boleh juga jumpa nasi kerabu, durian crepe, kuih talam, roti jala, ayam percik dan mi kari ketam!  :D

Gerai menjual buku agama


Pewangi tanpa alkohol dan sebagainya
Durian crepe yang sedap
Brownies ni pun sedap rambang mata nak pilih tauu

Ni gerai orang kampung saya yang jual brownies :)

Ibu-ibu yang pakar dalam bidang masakan  :)

Kuih raya pun ada

Kuih talam berwarna warni, tengok pun tau sedap

Laksa penang pun ado!

Mi kari ketam yang awesome!


Nasi kerabu perantau tuu :)

Mi kari ketam untuk berbuka, tengok tu penuh satu bekas.. lengkap

Sedap tak terkata

Pencuci mulut yang lazat..

Lewat sikit lepas Isyak baru makan nasi kerabu orang Temerloh :)

Sunday, July 20, 2014

Bunga-bungaan

Lama juga tak update blog kan.. bulan puasa ni rehat sekejap, lagipun tak ada idea.. sibuk masak memasak, nanti letak gambar makanan takut diri sendiri dan kawan-kawan terliur. Hari ini (Ahad) ada bazaar Ramadhan di Kewdale. Nanti saya cerita dalam entry selepas ini. Tapi dah namanya bazaar Ramadhan tentu tak boleh lari dari gambar makanan :p

Apa yang kita dapat tengok Ramadhan kali ini macam-macam perkara yang berlaku. Konflik dan penindasan terhadap umat Islam di beberapa tempat di dunia dan tragedi MH17. Marilah kita berdoa semoga kita dilindungi dari segala bala bencana, semoga Allah lindungi saudara kita yang tertindas dan terancam nyawanya dan paling penting untuk negara kita menangani tragedi yang berlaku.. Salam takziah kepada keluarga mangsa dan Al Fatihah.. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Memandangkan hari ini dah beli makanan kat bazaar, waktu petang ada masa lapang bolehlah jalan-jalan tengok bunga di nursery..Jomm
Ornamental kale
Macam bunga kobis

Tengok macam ni macam batu karang pun ada kan?



Tak pasti apa nama bunganya, tengok kad tu tulis elektra

Cantik

Yang ni pun cantik sangat

Close up


Thursday, July 10, 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum.. dah lama tak update blog kan.. bulan puasa ni agak sibuk sikit kerana kat sini waktu berbuka lebih awal. Nak letak gambar makanan tu tak berapa elok rasanya boleh buat diri sendiri dan orang lain terliur :p

Jadi kali ni kongsi gambar bunga.. Sekarang tengah musim sejuk maknanya musim hujan. Boleh kata setiap minggu hujan, dan inilah hasilnya. Tanaman subur menghijau, yang berbunga apatah lagi. Setiap minggu tertinjau hari yang panas dan sesuai untuk membasuh baju. Kalau nak tahu, musim sejuk ni sidai baju pun tetap kering, tapi bila pegang baju yang dah kering sejuk seolah-olah baru keluar dari peti ais. :)

Apa yang menyedihkan, di bulan mulia ini juga saudara-saudara kita beberapa tempat di dunia diuji dengan penindasan dan kekejaman. Tak sanggup rasanya nak kongsi gambar dari bumi Palestin, Syria dan sebagainya. Apa yang boleh kita buat selain dari berdoa dan bantuan wang untuk misi menyelamat dan sebagainya. Jika anda ingin menyumbang, pastikan pilih saluran atau organisasi yang betul. Kadang-kadang ada kutipan sebegini pun kena hati-hati kerana ada juga yang mengambil kesempatan.

Akhir kata selamat berpuasa dan selamat beribadah kepada semua.
Berry white

Warna ceria

Pansies

Petunia

Ros kuning

Banyak yang tengah tunggu masa nak kembang

Ros pink yang menawan kalbu

Sunday, July 6, 2014

Bazaar Ramadhan @ Spicy Mama - Bentley

Sekejap je dah seminggu kita berpuasa, kan? Setakat ni baru sekali kami ke bazaar Ramadhan untuk tinjau apa yang menarik. Banyak juga pilihan kuih-muih yang ada, tambahan pula ada nasi kerabu!

Untuk makluman Spicy Mama telah bertukar pemilik mulai 1 Julai 2014. Walaubagaimanapun pemilik sebelum ini masih mengadakan jualan menu berbuka di kedai ini sehingga 12 Julai 2014 sahaja.

p/s: Boleh semak info bazaar Ramadhan, iftar dan terawih di ruang sebelah kanan blog ==>

Berikut adalah promosi yang saya ambil dari facebook Radio Melayu Perth pada 28 Jun:


Promosi Bazaar Ramadhan:

Saya, Juveriah pemilik Spicy Mama's Lunch Bar ingin menwarwarkan jualan Ramadhan Bazaar bermula esok 1 Ramadhan 1435 hingga 14 Ramadhan 1435, dari jam 1 petang hingga 3.30 petang. Esok, menu di spicy Mama adalah, Nasi briyani dam - ayam atau lamb, Roti Jala, Roti John, Murtabak, Nasi Ayam, Mee Goreng Basah dan bermacam kueh mueh.
Semperna Ramadhan Bazaar, Spicy Mama telah menyediakan berbagai-bagai menu pada tiap-tiap hari, seperti, nasi rawan, nasi kerabu, nasi dagang, nasi sambal goreng, lontong laksa asam, nasi kandar, lauk pauk, rojak india, chendol dan goreng pisang panas. Sesiapa yang berminat ingin tempah makanan, sila hibungi - 0433250058 - nurul untuk mengetahui menu pada hari tersebut. Terima Kasih kerana menyokong ramadhan bazaar di Spicy Mama Lunch bar yang kami telah adakan sejak tahun 2012. Saya mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan. 
Geram tengok kuih cara berlauk, tapi beli kuih lapis aje.. hihi
Tengah order nasi kerabu tu yang tak beli banyak kuih

Nasi kerabu yang boleh tahan sedap

Tuesday, July 1, 2014

Adik dan Kymba

Jom tengok gambar Adik mendukung Kymba yang diambil tahun lepas..debab kan Kymba ni? :)