Hari Ahad malam Isnin yang lepas tertunggu-tunggu pengumuman tarikh hari raya.. majoriti beraya pada hari Isnin 28 Julai, tetapi ada beberapa kawasan beraya pada 29 Julai. Pelik bukan, tapi itulah senario setiap tahun. Ada masjid/kawasan memilih tarikh mengikut negara masing-masing.
Sambutan raya kali ni paling sederhana. Beberapa hari sebelum tu dah beritahu sekolah yang anak-anak tak ke sekolah pada hari raya pertama.. hari raya kedua dah ke sekolah. Menu biasa tentulah ada ketupat/nasi impit dan lemang segera. Kuah kacang pun yang segera juga, maklumlah setakat nak makan kami 4 beranak aje. Tahun ni tak sempat buat satay sebab chef tak cuti, kena kerja pada hari raya :p
 |
Nasi impit dengan kuah kacang |
 |
Sementara tunggu abah kerja, main ni dulu |
 |
Dah besar dah budak dua orang ni :) |
 |
Ok main ni pulak |
 |
Menu istimewa hari raya, soto ayam sempoi.. begedil xde sbb tak minat, suun pulak tak sempat goreng :) |
selamat hari raya...semoga sentiasa ceria dan gembira..
ReplyDeleteSelamat hari raya Sarah.. semoga ceria selalu hendaknya, selamat makan kuih raya sedap2 :)
DeleteSelamat hari raya akak ..... moga bahagia sokmo... 4 beranak pun nk kena raya jugak kan...
ReplyDeleteSelamat hari raya Cheq Sue..seronoknya balik kampung kan, jumpa family, saudara mara, mkn sedap2..
DeleteHaa betul tu 4 beranak pun beraya jugak,. :)
selamat hari raya kak..maaf zahir & batin..:)
ReplyDeleteSelamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga :)
Delete