Thursday, November 10, 2016

Cowaramup Christmas Fair - Sunday 13th November 2016

Satu peluang yang baik sekiranya anda berada di Margaret River pada hujung minggu ni untuk berkunjung ke Cowaramup Christmas Fair pada hari Ahad, 13 November 2016.

Biasanya akan ada jualan produk tempatan seperti lavender dan produk handmade yang jarang ditemui di kedai-kedai. Juga terdapat aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Sedikit latarbelakang Cowaramup..Cowaramup ni bukanlah dinamakan kerana banyaknya lembu (cow) disini. Tetapi ia telah diberikan oleh Aboriginal people di sini bermaksud tempat burung Cowara - a purple crowned lorikeet. 

Tapi kalau anda teringat lembu pun tak salah sebab kat sini memang terkenal dengan maskot lembu (yang boleh dilihat dibanyak tempat di pekan ini) dan aktiviti penternakan lembu tenusu selain penanaman anggur dan winery. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Cowaramup boleh layari https://www.margaretriver.com/towns/cowaramup/

Atau untuk maklumat acara, di facebook: Cowaramup Christmas Fair

Sumber gambar: fb Cowaramup dan pakcik google.



Musim bunga ni makin cantiklah.. tengok lembu tu.. hehe patung aje

Pekan kecil yang comel

Comel je pejabat pos kat bangunan kedai ni

Haa kedai cenderamata pun ada lembu jugak :)





No comments:

Post a Comment