Monday, November 21, 2011

BBQ Chicken & nasi pilaf

Minggu lepas bermulalah kelas berenang untuk pelajar tahun 1 dan pre-primary.. tu yg agak bagusnya kat sini. dah la tiap2 suburb ada sekolah, maknanya satu sekolah tu mmg tak ramai studentlah sampai boleh combine budak tahun 1 dgn pre-primary (6 tahun). dah tu ada kelas berenang lagi selama 10 hari. kat sini pun kena bayar jugak tapi okla dapat belajar berenang dgn kawan2 sekolah, kan?

oleh sebab cikgu2 kebanyakannya perempuan, diorang telah meminta supaya bapa atau atuk pelajar lelaki yg berkelapangan untuk sukarela datang tunggu budak2 lelaki semasa menukar pakaian.. ye la sini rata2 mak2 je hantar anak p skolah/buat urusan anak. bila tak cukup kakitangan, diorang minta parents volunteer.. so memandangkan hubby free time diorg swimming, cikgu suka mintak tolong dialah.

caranya kat sini..budak2 ni tukar baju dalam changing room untuk lelaki, campur budak2 dengan dewasa. hubby sy kata budaya kat sini diorang main buka je takde segan silu.. org tua pun sama. so kalau budak2 lelaki tu tak kisah lah tapi diorang pulak terjerit2 dan malu tengok org dewasa hahahaha.. nak tergelak pulak mendengarnya. dan budak2 ni mmg perlu kena tunggu sebab masih ada yg tak pandai pakai seluar, seluar terbalik la.. . nak pakai stokin dan kasut pun masih terkial2.. ada satu haritu tiba2 lampu terpadam bayang la budak2 ni terjerit2 takut.. dan ada pula yg jenis sensitif kena klorin air kat kolam. mcm2 perangai, kelakar jugak lah. jenuh nak pesan dgn anak jgn la terikut dgn kawan2 main tukar mcm tu je kurang2 pakailah tuala isk isk.. duduk sini bab2 ni la yg susah.. nak kena ajar anak ada benda yg kita boleh ikut dan ada yg tak boleh.. ni dekat2 krismas ni diorang akan buat sesi penerangan tentang krismas dan juga 'servis' krismas diorang.. ada yg cikgu dah tau kita takleh join. tp cikgu ada juga tanya sebab diorang akan berkumpul cerita pasal santa claus dll, katanya masa bulan puasa dia dah bgtau budak2 lain pasal bulan Ramadhan.hmm tak taulah setakat mana dia cerita tu tapi memang dah tulis note kat cikgu dulu yg anak kita kena puasa, dan tulis kenapa kena puasa. skrg diorang nak suruh budak2 lukis pasal krismas lah, nak kita asingkan anak ke tak. ada yg anak boleh join, ada yg tak boleh. yg penting kena cerita kat dia krismas tu perayaan agama dan kita sebagai orang islam tak menyambutnya.setakat tahu budaya orang ok la jangan sampai dia pulak terikut sama :p

ok berbalik pada makanan hehe..
Baru2 ni try buat nasi pilaf dan bbq chicken.. hmm not bad jugak. tp betul ke jadik buat nasi pilaf ni ye sbb tak pernah buat. rasanya pun dah macam nasi butter/nasi ayam.. apa2pun matching la. cuma perlu tambah sup dan sambal cili dah jadik nasik ayam la..tapi nasi ni lembut lah.. mmg sedap

info pasal pilaf http://en.wikipedia.org/wiki/Pilaf
resepi nasi pulak dari matgebu. boleh refer kat sini http://bluetiffin.blogspot.com/2007/12/nasi-pilaf.html

makan dengan ayam bbq


diperap dgn sos bbq nando's. 
yum yumm
satu lagi sos yg mesti ada... sos peri-peri nando's.. 



4 comments:

  1. Umi, ayam Nando's ozzy ke? Halal ke? Sedapnya... Kat sini dah tak ada kedai jual ayam goreng yang halal...

    ReplyDelete
  2. Ada orang bgtau umi sblm ni ada kedai nando's yg halal kat sini.bila pergi tak nampak logo halal pun. wpun nampak ada org muslim mkn kat situ tp tak berani lah sbb was2.. selain dr tu ada lg kedai ayam goreng halal kat sini utk mengubat rindu pd KFC :)
    ayam kat atas tu umi beli sos nando's yg ada logo halal dan perap dgn sos tu pastu bakar..

    ReplyDelete
  3. Dulu KFC kat sini halal tapi bulan Nov aritu, dah tak ada sijil halal... So, kenalah goreng ayam sendiri. hehehehe
    Umi, akak ada tag nama umi kat blog akak.. Tak boleh nak chat kat shoutbox Umi la pulak..

    ReplyDelete
  4. ooh.. kat sana senang tak cari makanan dan bahan halal? sebelum ni umi pun buat mcm tu juga, cari tepung goreng ayam :)
    tq sudi tag umi kat blog akak. tp umi ni tak pernah letak gambar sendiri sbb agak pemalu sikit he he he

    ReplyDelete