Monday, November 7, 2011

Pillow cases (sarung bantal)

Sekarang tengah mood cuti agaknya.. ramai pakat balik kampung untuk sambut Aidil Adha.. kat sini pun suasana agak lengang atau sy kot yg terasa mcm tu.. tp tgk budak2 sekolah happy je mungkin sbb masing2 dah mood cuti .. Cuaca pulak tak menentu. sekejap panas, sekejap hujan, angin kuat. tak lama lagi summer akan tiba dan ramai lah pulak yang akan berpakaian ringkas :p. baju sejuk dah boleh simpan, electric blanket pun dah lama simpan. dah start pasang kipas angin dan bole start minum ais dah ni..

Gambar di bawah ialah sarung bantal hand made lace yg sy beli baru2 ni bila ternampak iklan di laman web. kat sini diorg iklan free aje dalam gumtree.. kdg2 boring2 tak ada kerja suka best jugak belek iklan2 ni.. sy berkenan sarung bantal ni sbb masih baru (belum digunakan lagi lah tentunya) dan suka dengan coraknya.. kalau second hand pun dan kebetulan suka dengan coraknya pun sy akan beli..kadang2 barang baru ni masih dalam kotak/bekasnya lagi dan dijual kerana barang2 tersebut adalah hadiah perkahwinan dsb yg tak diperlukan..


cantik, kan?

bila belek2 tengok corak ni mcm telekung lah :)
Ada 2 pasang.. sayang nak pakai takut nanti ada peta hehehe

yg ni lak cotton damask
mungkin nampak biasa saja.. tp sy suka


2 comments:

  1. memang cantik..simple, kalau ucu mau rambang mata nk pilih yg mn satu..

    ReplyDelete
  2. kalau Ucu pegi sunday market lg best. tengok alas meja cantik2.. nanti ada ms umi buat entry :)

    ReplyDelete