Sunday, September 29, 2013

Soup Tureen

Soup tureen ni saya beli kat Sunday Market. Kalau bernasib baik dapat beli barang antik berkeadaan baik dengan harga yang murah. Banyak kali juga balik dengan tangan kosong sebab tiada yang berkenan atau barang mahal. Penjual kat Sunday Market ni ada beberapa jenis. Ada yang nak let go barang yang tak diperlukan lagi dengan harga murah dan ada yang memang bisnes barang (sebahagiannya barang yang dikutip di tepi jalan) dengan meletakkan harga yang tinggi. Ada masa kalau kita tunjuk kita sangat berminat, atau ramai orang, harga akan jadi lebih mahal.

Soup tureen

Close up bunga keliling tureen

Bunga ros

Tudung

Pemegang

Bunga di penutup tureen

Cop pembuat

Thursday, September 26, 2013

Talam, teko dan placque

Jom tengok koleksi terbaru lagi.. Hmm susah betul kalau jumpa barang yang saya berkenan macam ni. Tapi kalau murah tu bolehla sambar satu. Kena fikir banyak kali juga nak beli, yang penting biarlah berbaloi dengan harga.
Talam kayu berkerawang besi

Macam ni ada jual kat romantika atau lovely lace tak?

Suka sebab nampak rustic

Agak besar juga boleh letak beberapa gelas minuman

Yang ni teko buatan cina

Tapi saya suka warna putih ni dan corak yang ringkas

Macam bentuk mahkota aje kan?

Yang ni pula untuk hiasan rumah..suka sebab nampak sweet ;)

Wednesday, September 25, 2013

Synergy Parkland @ Kings Park

Synergy Parkland merupakan salah satu taman yang ada di Kings Park & Botanic Garden. Apa yang menariknya ialah kawasan ini sangat sesuai untuk aktiviti rekreasi seisi keluarga tambahan pula kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan yang sudah bersekolah. Terdapat kemudahan antaranya dapur BBQ, taman permainan, astaka untuk acara serta kafe. Paling menarik ibu bapa dapat berehat sambil memberikan peluang kepada anak-anak bermain dan meneroka bermacam kemudahan yang disediakan.

The Synergy Parkland is a recreation area for the entire family with the playground particularly suitable for children over six years. The Synergy Parkland playground areas are a smoke-free zone and no skateboards, scooters or bikes are allowed anywhere in the Parkland precinct. Parents may find play equipment at the Ivey Watson Playground within the Lotterywest Family Area is more suitable for the little ones under six years.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web INI.

Jejambat kayu yang menarik

Arthur Fairall Playground

Ada pulau di tengah kolam iaitu Lycopod Island

Dapur BBQ

Kolam di tengah-tengah kawasan

Buaya gergasi

Ini buaya pra-sejarah

Ada jambatan menuju ke pulau

Pokok kayu

Salah satu aktiviti berbentuk educational, boleh tengok telur dinosaur :)

Telur dinosaur dan budak perempuan hehe

Ni lah emak dinosaur

Jom meniti atas jambatan

Turun tangga dan naik tangga.. budak-budak dan dewasa pun boleh lalu

Ada juga jejambat yang boleh turun melalui gelongsor

Papan tanda informatif.. 

Sangat menarik

Kat tengah pulau ada binaan ni

Kafe Zamia

Luas dan selesa, sedia diterokai oleh kanak-kanak

Bumbung pun nak posing juga he he..

Tuesday, September 24, 2013

Makluman pengeposan barang pesanan - Updates

Makluman Terkini: Semua barang yang dipesan telah selamat diposlaju hari ini, 25 September 2013 pada jam 1.30 petang. Barang dijangka sampai pada hari Khamis atau Jumaat (mengikut kawasan). 

Sunday, September 22, 2013

Wildflowers @ Kings Park and Botanic Garden

Jom tengok wildflowers yang tengah meriah berbunga di Kings Park and Botanic Garden.. ;)