Sabtu lepas kami telah mengadakan jamuan raya di rumah khasnya untuk kawan-kawan sekerja suami saya yang datang bersama keluarga masing-masing. Mulanya nak buat satay tapi memikirkan pukul berapalah baru nak siap proses mencucuk satay, terus tukar buat menu nasi minyak hujan panas, ayam masak merah, daging masak hitam nasi kandar serta acar timun. Menu sampingan ialah bihun sup utara,
cupcake strawberi dan buah-buahan. Menu yang tak sempat nak buat ialah dalca dan puding.
Rasanya menu ni sederhana saja..sediakan setakat yang termampu sebab semuanya perlu dibuat sendiri. Apa yang penting, rasa puas hati dapat menjamu tetamu makan :)
|
Daging masak hitam nasi kandar |
|
Ayam masak merah |
|
Acar timun |
|
Tart dibawa oleh tetamu |
|
Bila dah petang sikit baru sempat amik gambar :p |
|
Bihun sup station dan air teh |
|
Cupcake yang disukai kanak-kanak.. |
|
Ni pula jamuan dengan kenalan saya, sempat buat satay masa ni |
Kjap je da minggu terakhir raya kan kak Umi..daging masak hitam tu nampak mabeles...satay tu pun nampak menyelerakan
ReplyDeleteItulah Hannani, tengok2 dah dekat sebulan raya. Tak terasa masa berlalu, musim winter dah berubah ke spring. :p
DeleteDaging masak hitam ni mmg sedap sbb grand masterchef masak hihihi.. sama la dgn satay tu :)
wah kak ummi, gumuk2 satay, makan pon kenyang,
ReplyDeleteMmg kenyang Zul.. makan secucuk dua pun dah cukup. Baru puas hati bila buat sendiri ni kan?
DeleteHaa hari tu ada imam dari Tassie datang ke rumah. Zul mesti kenal nih. :)
walaupun simple tp nampak sedap lah kak... lg2 di negara org kan... dana suke sgt ngn ayam msk merah tp tak pakar sgt msk...
ReplyDeleteTerima kasih Dana.. k umi pun suka ayam masak merah juga. Bila duduk negara orang ni nak makan apa kena masak sendiri, lama2 yg tak reti masak pun boleh jd pakar he he he
Delete