Sunday, September 8, 2013

School's Open Night & Lap-A-Thon

Minggu lepas sekolah anak-anak saya telah mengadakan Open Night iaitu malam di mana ibu bapa dijemput datang ke sekolah dari pukul 6-7 malam untuk melawat kelas anak masing-masing. Di samping melawat kelas, ibu bapa boleh melihat hasil kerja anak-anak di sekolah. Guru kelas akan bersedia di kelas masing-masing, walau bagaimanapun jika ada yang ingin berbincang lebih lanjut berkenaan kemajuan pelajar, adalah disarankan supaya membuat temujanji di waktu lain.

Program Lap-a-thon pula merupakan salah satu cara bagi sekolah mengutip sumbangan derma di samping menyokong amalan hidup sihat. Ibu bapa atau sesiapa saja boleh memilih untuk menderma dalam satu jumlah atau menderma mengikut bilangan pusingan yang dapat dibuat oleh pelajar. Contohnya saya memilih menderma $1 untuk setiap pusingan yang berjaya dibuat oleh anak saya.

Derma yang dikumpulkan akan digunakan untuk pembelian playground yang baru dan juga kelengkapan dalam kelas. Menariknya di sini setiap kelas mempunyai komputer dan sistem projector yang sangat canggih dan interactive. Oh ya, acara ini juga dibantu secara sukarela oleh ibu bapa yang berkelapangan. Memang harmoni sungguh semangat kerjasama yang ditunjukkan. Setiap kali bantuan diperlukan, tentu ada yang sanggup turun padang.

Jom tengok gambar!
Bangga tunjuk tempat duduk dalam kelas

Hasil kerja di sekolah

Meja guru

Karangan

Sekolah di sini menggalakkan tulisan sambung (cursive writing)

A jar full of bugs?

Ada puppet pula dalam kelas :)

Nota kelas

Setiap pelajar boleh menyimpan alatulis dan buku nota di dalam tray yang disediakan

Ruang kelas yang penuh dengan hasil kerja pelajar

Ini pula bilik seni

Aktiviti seni diadakan khusus di sini

Menarik :)

Hasil seni

Tulisan abang.. masih belajar untuk tulis dengan lebih baik

Dah mengantuk agaknya :p

Kelas abang

Hasil seni lagi..

Ikut kreativiti masing-masing

Lap-a-thon

Nak berlari atau berjalan pun boleh

Sumbangan berdasarkan lump sum atau terpulang berapa $ untuk satu pusingan

Jalan dengan kawan-kawan

Nak bawa botol air pun boleh

Guru dan ibu bapa pun ada yang turut serta

Kanak-kanak riang

Dua-dua dapat 14 pusingan

Berjalan dengan kawan sekelas :)

Thursday, September 5, 2013

Ikan kembung masak cuka

Menu ikan kembung masak cuka ini merupakan salah satu menu masakan emak yang menjadi kegemaran saya. Di sini agak susah mendapatkan ikan kembung segar kerana kedai yang menjualnya agak jauh dari rumah. Alhamdulillah ada kawan yang sudi membelikannya untuk kami, dapatlah merasa ikan yang segar ni. Kalau tidak, cuma dapat merasa ikan kembung frozen yang dijual di kedai oriental aje lah :p

Agak ingat-ingat lupa resepinya, jadi saya tengok resepi di SINI. Kemudian masak ikut macam mana emak saya masak.. ikut apa yang ingat aje terutama bahan-bahannya. Memang sedap dan harum semerbak baunya, makan nasi pun siap tambah lagi :)



Sedia dihidangkan

Bahan seperti bawang, cili, halia dan serai ni memang menyedapkan lagi menu ini :)

Saya copy paste resepi dari Blog Kak Nor ni untuk rujukan akan datang.
IKAN MASAK CUKA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung (sy guna ikan kembung)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges (sy guna bawang merah)
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili merah  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi (sy guna cili hijau)
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong (sy tak letak)
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur) (sy tak letak)
garam dan gula secukup rasa

Cara: 
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

Wednesday, September 4, 2013

Ayam percik dan ayam tandoori

Kedua-dua menu ayam ni dibuat baru-baru ini tapi pada hari berlainan. Tujuannya untuk menghabiskan stok ayam yang ada di rumah. Asalnya beli bahagian chicken maryland untuk buat ayam portugis, tapi tetiba teringat ayam percik pasar malam terus tukar menu.. sedap betul ayam percik ni sehingga menjilat jari :)

Resepinya saya ambil dari Myresepi iaitu di SINI.
Saya copy paste untuk rujukan akan datang.

Ayam percik pasar malam by sajiemas

Bahan-bahan ( Anggaran 2 ekor ayam )

  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera

Ayam tandoori pula saya cuma guna pes tandoori segera dalam botol yang dijual di pasaraya.
Ayam percik separuh masak dibakar

Kemudian curahkan kuah

Memang lazat sekali


Ayam diperap dengan rempah tandoori kemudian dibakar

Sayang sekali lambat masak, jadi masukkan dalam oven

Lepas keluar oven baru ayam betul-betul masak. Memang sedap sekali..  :)

Tuesday, September 3, 2013

12th Give Away (GA) - apron merah




































Terma dan syarat:

1) Penyertaaan dibuka kepada semua. Setiap seorang cuma satu penyertaan sahaja diterima.

2) Hadiahnya sehelai apron merah untuk seorang pemenang bertuah! 

3) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Jika anda tiada blog, cuma letakkan email address anda sahaja. 

4) Tarikh tamat GA ialah: tepat jam 12 tgh malam pada 17 September 2013. Pemenang akan diumumkan pada
 18 September 2013.

5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.

Monday, September 2, 2013

Jamuan raya 2013

Sabtu lepas kami telah mengadakan jamuan raya di rumah khasnya untuk kawan-kawan sekerja suami saya yang datang bersama keluarga masing-masing. Mulanya nak buat satay tapi memikirkan pukul berapalah baru nak siap proses mencucuk satay, terus tukar buat menu nasi minyak hujan panas, ayam masak merah, daging masak hitam nasi kandar serta acar timun. Menu sampingan ialah bihun sup utara, cupcake strawberi dan buah-buahan. Menu yang tak sempat nak buat ialah dalca dan puding.

Rasanya menu ni sederhana saja..sediakan setakat yang termampu sebab semuanya perlu dibuat sendiri. Apa yang penting, rasa puas hati dapat menjamu tetamu makan :)
Daging masak hitam nasi kandar

Ayam masak merah

Acar timun

Tart dibawa oleh tetamu

Bila dah petang sikit baru sempat amik gambar :p

Bihun sup station dan air teh

Cupcake yang disukai kanak-kanak.. 


Ni pula jamuan dengan kenalan saya, sempat buat satay masa ni

Sunday, September 1, 2013

Mochachos Chicken Fiesta - Centro Galleria, Morley WA

Jom jalan-jalan cuba makanan kat restoran Mexico pula iaitu Mochachos Chicken Fiesta. Restoran ini baru saja dibuka kerana tak banyak maklumat yang boleh didapati dan kami pun dapat tahu tentang restoran ini melalui kawan.

Waktu kami ke sini agak ramai juga yang makan tengahari di sini. Secara ringkasnya servis cepat, makanan sedap dan harganya pun sangat berpatutan. :)

Alamat kedai:
Centro Galleria
Shop 1042D (Opposite Westpac)
Cnr Collier & Walter Roads
Morley 6062
WA
Tel (08) 9276 8820

Tips: Centro Galleria ni besar tempatnya. Kalau nak cari kedai ni dengan cepat, park kereta berdekatan dengan Woolies (Woolworths)

Senarai menu di kaunter


Rasanya restoran ini milik orang dari Timur Tengah

Chicken strips with chips and dip
Half chicken and chips
Cappucino
Chicken burger.. menggunakan grilled chicken


Seronok ni dapat makan set pedro untuk kanak-kanak

Pedro = Beef burger, chips, juice + free toy!

Lagi gambar half chicken and chips

Menu combinacion iaitu set chicken burger, chips dan canned soft drink


Boleh bawa balik menu untuk rujukan hehehe

Meja kami minggu lepas.. (hari ni pun pergi lagi hehehe)

Pilihan tahap kepedasan mcm nandos juga.. 

Senarai menu.. entah bila nak cuba yang lain-lain

Tak biasa dengan menu Mexico, tunggu jemu makan burger dulu baru nak cuba yg lain ;)