Thursday, May 30, 2013

Jangan salahguna visa pelancong

Tajuk yang kita tak mahu tengok dalam berita di sini:



Six Malaysians who overstayed their tourist visas and were working illegally in WA will soon be deported. Source: PerthNow

ARRANGEMENTS are underway to send home six Malaysians who overstayed their tourist visas and were working illegally in Western Australia, immigration minister Brendan O'Connor says.
They were found on yesterday at a house in Australind, 160km south of Perth, following information provided by the community and investigation by local police.

On Wednesday, Mr O'Connor said the Malaysians - five men and one woman - were taken to Perth Immigration Detention Centre, where they would remain while arrangements were finalised to return them home.

``They cooperated fully when our compliance officers moved in,'' Mr O'Connor said.

They had been working illegally in the agriculture industry and investigations into the circumstances of their employment continue, he said.

Under Commonwealth legislation, people convicted of employing illegal workers face fines of up to $20,400 and two years' imprisonment while companies face fines of up to $102,000 per illegal worker.
Sesiapa yang ingin bekerja di sini, harap gunalah saluran dan visa yang betul.

Wednesday, May 29, 2013

Apple di Farmers Market

Menjadi satu kebiasaan pada setiap pagi Sabtu untuk kami berkunjung ke Farmers Market di sini. Saya sangat suka tengok dan beli sayuran dan buah-buahan segar yang kebanyakannya ditanam secara organik. Biarpun kadangkala harganya lebih mahal dari apa yang kita beli di pasaraya, ianya sangat berbaloi.

Kali ini nak tunjukkan dua jenis epal yang dijual di sini...haa harini kita belajar serba sedikit pasal epal atau apple. Waktu kecil kita belajar mengenal huruf dalam bahasa Inggeris, A mestilah Apple kan? jarang sekali A for Ant, lagi apa ya?

Bila dah kenal epal, rupanya ada epal merah dan epal hijau. Bila dah lama sikit barulah tahu rupa-rupanya epal ni bukan setakat warna sahaja, ada nama, rasa dan dari jenis berbeza! Epal merah ada yang jenis rangup atau yang gebu. Ada yang betul-betul manis, ada yang masam-masam sedikit. Bila dah rasa yang manis, sibuk pula tengok kod label di buah supaya senang nak cam jenis yang kita suka.

Jom tengok gambar!
Pasar yang sedap mata memandang

Epal ni namanya sundowner. Saya gunakan epal ini untuk buat kek  di entry sebelum ini

Buahnya sederhana besar tapi sedap dan warnanya sangat cantik

Ini pula epal pink lady. Warnanya pun memang pink, tak sama macam epal lain

Pokok epal pink lady.. buahnya lebih besar dari sundowner

Apple crisp dalam paket tu adalah epal pink lady yang telah dikeringkan :)

Tuesday, May 28, 2013

Apple cake dan farewell

Ahad lepas dapat jemputan makan-makan sempena meraikan kawan yang akan balik ke Malaysia.. Jadi saya pun buatlah kek epal untuk dibawa ke jamuan ni.. Tuan rumah yang menjemput pun baru sahaja berhijrah ke Perth, dan merupakan kawan sekolah lama kepada kawan kami yang akan balik ni.. sambil pergi makan-makan tu boleh la berkenal-kenalan kan?

Tuan rumah berbesar hati memasak nasi kabsa dan roast chicken lengkap dengan hidangan side dishnya. Memang sedaplah!

Apple cake masih panas-panas dan baru dikeluarkan dari oven

Selepas dikeluarkan dari pan dan disapu glaze

Hidangan hari itu

Tengok nasi dan ayam tu masih terliur dan teringat-ingat

Kek yang dah dipotong dihidangkan bersama double cream



Resepinya saya ambil dari sini: http://www.taste.com.au/recipes/23424/apple+cake



125g butter, chopped

1/2 cup firmly packed brown sugar
1 teaspoon vanilla extract
2 eggs
1 cup self-raising flour
1/2 cup plain flour
3/4 cup milk
2 small royal gala apples
1/4 cup apricot jam
Double cream, to serve


Step 1

Preheat oven to 180°C/160°C fan-forced. Grease a 6cm-deep, 20cm (base) round springform pan. Line base with baking paper. Place butter, sugar and vanilla in a bowl. Using an electric mixer, beat for 5 to 6 minutes or until light and creamy. Add eggs, 1 at a time, beating after each addition.


Step 2

Sift flours over butter mixture. Add milk. Fold until just combined. Spoon into prepared pan. Core and quarter apples. Thinly slice. Arrange apples in 2 circles on batter, pressing down gently.


Step 3

Bake for 35 to 40 minutes or until a skewer inserted in the centre comes out clean. Stand in pan for 10 minutes. Remove side from pan. Slide cake onto a wire rack to cool.


Step 4

Place jam in a microwave-safe bowl. Microwave on high (100%) for 30 seconds to 1 minute or until runny. Brush cake top with jam. Serve with cream.









































Monday, May 27, 2013

Sup di musim sejuk

Sepatutnya musim sejuk bermula bulan Jun.. tapi macam dah bermula sebab waktu malam suhu minimum turun sehingga bawah dari 10C. Hari Jumaat ni suhu paling rendah ialah 5C. Brrrr..

Memandangkan kami sekeluarga pun baru je baik dari selsema (seorang demi seorang, akhir sekali saya yang kena) jadi eloklah makan sup time sejuk-sejuk ni kan, Omputih kata chicken soup is good for a cold and also for soul.. ;)
Kat atas ni sup ekor.. tetiba nampak part ni kat butcher shop terus ada yg beli. Sape suke sup ekor?

Kat sini kalau pegi restoran, sup ekor ni diorang panggil sup buntut.. (oxtail soup)

Kami 3 beranak pula memilih sup ayam yang simple cam ni

Sup kepak ayam dengan kentang, karot, daun sup dan daun bawang yang sangat menyelerakan.. terus baik selsema. Alhamdulillah :)

Sunday, May 26, 2013

Pink flowers again :)

Sejambak bunga tanda ingatan :)
Bunga ni sangat familiar, tapi saya tak tahu namanya

Suka dengan warna pink lembut ini

Penyeri terbaru di rumah

Tanda ingatan

Sukaa sangat

Terima kasih daun keladi <3

Thursday, May 23, 2013

Koleksi Stem

Selamat bercuti (cuti umum) dan cuti sekolah kepada family dan kawan-kawan di Malaysia. Mesti ramai yang ambil kesempatan ini untuk balik kampung atau bawa keluarga makan angin kan? Apapun semoga semuanya selamat dalam perjalanan. Yang tak boleh bercuti tu nak buat macam mana kan.. bg chance orang lain dulu kot hehe..

Dah dua hari tengok kek, hari ini kita tengok stem pulak. Saya memang suka kumpul benda macam ni. Selain stem, fridge magnet dan keychain, saya suka juga beli poskad. Ini sebahagian saja dari koleksi stem. Rasanya ada lagi tapi entahlah kat mana saya dah letak :p
Kalau ke pejabat pos mesti mata tercari-cari stem apa yang menarik

Kat sini diorang memang selalu buat stem peringatan sempena acara dan macam2 lagi

Stem rama-rama dari Cocos Islands. Pulau ni dibawah jajahan Australia. Penduduknya ialah orang Melayu Cocos!

Teknologi dulu dan kini :)

Stem peringatan zaman kolonial


Pengangkutan awam di bandar

Tram

Stem sempena Olimpik 2012

Rising sun badge ini dipakai oleh tentera Australia sejak Perang Dunia Pertama

TV dulu kala :)

Salah satu spesis rama-rama dari Cocos Island

Bila baca wikipedia tentang Cocos Island barulah kita tahu sejarahnya.. Cuba check SINI

Wednesday, May 22, 2013

Red Velvet (RV) cupcake lagi..

RV cupcake ini saya buat lagi atas permintaan kawan-kawan saya yang teringin merasanya. Kadang-kadang seminggu atau dua minggu sekali kami akan berjumpa untuk makan tengahari bersama-sama sambil berbual tentang bermacam hal.

Kalau agak rajin sikit, kami akan ajak lebih ramai lagi untuk makan-makan dan saya akan masak sesuatu untuk dicuba. Ada yang bawa makanan yang dibeli, ada yang bawa buah dan air minuman. Sangat meriah bila buat potluck sebegini :)

Paling menarik sekali makanan datangnya dari pelbagai negara. Masa inilah kita dapat rasa makanan yang kita tak pernah tengok. Bila ada aktiviti sebegini saya telah diperkenalkan dengan gozleme. Ada juga jenis makanan dibuat dari ubi kayu yang ditumbuk. Sangat menarik, kan? :)

Nota: entry sebelum ini tentang Red Velvet dan resepi yang saya gunakan boleh dilihat di SINI.

Cupcake RV dalam muffin cup warna biru pula kali ini

Mmm memang sedap. Puji diri sendiri hehehe tapi kawan-kawan kat sedap oklah tu kan?

Dalam gambar ni saya bawa roti jala dan kari ayam serta kek coklat

Ada yang bawa gozleme, buah strawberi, cherry tomato dan air minuman


Kek pisang dan cookies pun ada ;)


Tuesday, May 21, 2013

Vanilla pound cake

Dah habis entry jalan-jalan kita sambung entry makanan pulak..

Sekali sekala saya sangat suka buat kek yang simple tetapi sedap.. contohnya kek di bawah ini. Walaupun rupanya tak menarik, permukaan tak sekata, tapi rasanya sangat sedap dan sempurna bagi saya. Anak-anak pun suka dan memuji rasanya.. sekejap saja dah habis dan sudah ada permintaan untuk buat kek ni lagi :)
Bakar dalam acuan roti

Rupanya mmg tak cantik.. tak rata

Tapi teksturnya sangat cantik bagi saya

Bila makan sekeping.. aduhh.. terus nak sekeping lagi dan lagi :)

Resepinya saya rujuk dari sini http://bakingbites.com/2013/05/vanilla-bean-pound-cake/
Resepi asal menggunakan vanilla bean..saya cuba cari vanilla bean di kedai tapi tiada jadi saya cuma gantikan dengan 2 sudu teh esktrak vanilla.

The cake is baked in a loaf pan and cut in slices to serve. It can be served plain, with a cup of tea or coffee, or it can be dressed up in a number of ways. For instance, you could turn it into the base of a strawberry shortcake and finish a slice with fresh berries and whipped cream. For summer entertaining, you can toast a slice on the grill to give it some extra texture and serve it with a big scoop of ice cream.  The cake keeps well when it is stored in an airtight container and it can be baked a day or two before serving, if necessary. This also means that you can nibble away at your cake in small slices over the course of a week if you don’t have any plans to entertain or simply want to keep this cake all to yourself.

Vanilla Bean Pound Cake

1 1/2 cups cake flour, sifted
1/4 tsp salt
1/2 cup butter, room temperature
1 1/2 cups sugar (saya gantikan dengan 1/2 cawan gula caster)
3 large eggs, room temperature
1 vanilla bean (saya letak 2 sudu teh ekstrak vanilla)
1/2 cup milk (pref. whole)

Preheat oven to 350F. Grease a 9×5-inch baking pan and line the bottom with a small piece of parchment paper.
In a medium bowl, sift together cake flour and salt
In a large bowl, cream together butter and sugar until light and fluffy. Beat in eggs, one at a time.
Split the vanilla bean lengthwise and scrape out the seeds inside using the back of a knife. Add vanilla bean seeds to the butter mixture and mix to incorporate.
Stir 1/3 of the flour mixture into the butter mixture, followed by half of the milk. Stir in an additional third of the flour mixture, followed by the remaining milk. Stir in remaining flour, mixing just until no streaks of dry ingredients remain. Pour into prepared cake pan.
Bake for 50-55 minutes, or until a toothpick comes out clean when inserted into the center of the cake.
Allow cake to cool in the pan for 5-10 minutes, then turn it out onto a wire rack to cool completely.

Serves 10.

Monday, May 20, 2013

The Roundhouse Gift Shop @ Araluen Botanic Park

Destinasi seterusnya selepas ke ladang pisang kaki ialah ke Araluen Botanic Park untuk berkelah. Tidak ramai pelawat pada musim ini kerana kebanyakannya suka datang waktu musim cuti sekolah dan terutamanya semasa musim bunga (September - November). Waktu paling sesuai untuk melihat bunga tulip ialah awal musim bunga.

Kami sampai agak awal dan masih banyak picnic bench yang masing kosong. Rupanya kebanyakan pelawat datang waktu tengahari dan ke atas. Kali ini saya cuma ambil gambar sekitar gift shop. Saya sangat suka ambil gambar sebegini dengan tujuan untuk membelek satu persatu barang yang ada di kedai ini melalui gambar. Biasanya susah nak nampak barang-barang yang menarik di depan mata melainkan perlu menghabiskan masa yang lama di sini, ye tak?

Jom tengok gambar...
Tenang dan damai di bawah rimbunan pokok-pokok

Duduk-duduk dengan kawan sambil menunggu kedai dibuka

Burung hantu yang sangat comel, bunga tulip plastik pun cantik

Bantal kusyen yang sangat cantik dan penutup kawasan pendiang

Mata jenuh melilau cari yang berkenan

Sebakul bunga hiasan yang mampu menceriakan suasana

Jatuh cinta dengan lampu meja,, dan hiasan lain yang cantik

Rasa macam nak pegang dan belek satu persatu

Hiasan untuk digantung sangat comel

Cantik-cantik

Bantal kusyen yang sangat menawan

Tray, placemat dan coaster.. lampu kegemaran saya lagi

Mug dan teabag/spoon rest pun ada. sangat comel dengan gambar tulip

Jom kita duduk bersama sambil minum kopi panas-panas di sini

Alangkah gembiranya dapat duduk di sini bersama kawan-kawan

Ada masa ingin datang lagi minum kopi di sini.. mungkin bila tulip sudah berbunga :)