Tuesday, May 14, 2013

Ros mini dan kekwa (chrysanthemum)

Minggu ni agak kesuntukan masa disebabkan jadual yang agak padat, tahap kekalutan yang tinggi kerana anak tengah exam minggu ni (mamanya yg kalut lebih) dan waktu siang yang sangat pendek!

Waktu petang sangat singkat sebab pukul 5.30 petang dah masuk waktu maghrib. Nak menyapu daun-daun kering yang banyak ditiup angin pun terpaksa buat cepat-cepat.. kadang-kadang tak sempat. Kalau sidai kain lambat sikit memang tak sempat kering sebab suhu dah makin sejuk sekarang.. Apapun dalam kesibukan, sempat lagi ambil gambar bunga yang sedang berkembang.

Jom tengok...
Pokok ros mini pertama yang kami beli sangat meriah berbunga

Ini dari pokok yang lain. Warnanya sedikit jingga

Ada kira-kira 20 kuntum bunga semuanya :)

Kekwa oren yang dialih ke tanah pun tak kurang meriahnya

Semua kekwa ni dibeli sebagai hadiah hari ibu tahun lepas.. :)
Kekwa kuning
Yang ini warna soft pink sangat maniss sekali

Kata penjual pokok bunga, kekwa suka hidup di kawasan yang teduh :)



17 comments:

  1. Subhanallah cantiknya
    20 kuntum skali bbunga...bestnga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka pulak sampai 20, Kak. First time jenuh mengira bunga :)

      Delete
  2. cantiknyer kak, bunge rose tu mmg meriah bunge nyer... tak pdn pokok nyer kecik tp bunge nyer lebat betul...
    kalu pose time2 skrg nih msti seronok kan kak, baru sahur tak lama dh buke... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la org kata, kecil2 cili padi kan.. ;)

      Mmg best pose time ni. belum sempat haus dan lapar dan nak berbuka. Tambah2 skrg ni dah sejuk, mmg tak terasa letih langsung :)

      Delete
  3. Cantik bunga kak Umi.aritu kat belmont ave ada buat contest gubah ke or tanam bunga..tp penuh satu area dgn bunga..geram tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama k umi tak ke belmont. cantik tengok gambar pokok maple yg Hannani ambik tu. ingat nanti nak pegi jugaklah, nak cari pokok strawberi lagi :)

      Delete
  4. Eh...baru pasan ada logo kat tepi tu..terima kasih kak Umi!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa baru perasan yer.. kalau ada apa2 info nak tambah kat caption tu bgtaulah ye ;)

      Delete
  5. salam kak umi....bestnya kak umi dapat meresa kemeriahan bunga di sana....dapat tanam sendiri...kat sana musim pun x sama dengan malaysia...bestkan...kat sini lani panas sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sya,
      Bunga2 ni menjadi sangat sbb anginnya yang sejuk. Mcm kat cameron tu lah kan. Kalau ikutkan tengaharinya panas juga. Tak sabar tunggu spring nanti lebih banyak pokok berbunga :)

      Delete
  6. alahai...cantiknya bunga2 umi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Normi.. ada bunga2 ni barulah berseri sikit halaman rumah :)

      Delete
  7. geramnya tengok. alangkah bestnye saya ke sana time mcm ni. ohhhhhhhhhhh. x sabar tunggu bulan june

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best time ni sbb sejukkk sangat. Bulan Jun ni dah start winter, kalau tak tahan sejuk mmg menggigil hehehe :)

      Delete
  8. alamak kak, farah mmg x tahan sejuk. nak kena beli baju sejuk la cam tu. ingat nak beli kat sana.. kak buat la n3 tips sebelum ke sana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn risau kat sini pun boleh beli baju sejuk. Bila free sikit k umi letak tips ok :)

      Delete
  9. macam mna nak jaga pokok kekwa yg hmpir mati..

    ReplyDelete