Menjadi satu kebiasaan pada setiap pagi Sabtu untuk kami berkunjung ke
Farmers Market di sini. Saya sangat suka tengok dan beli sayuran dan buah-buahan segar yang kebanyakannya ditanam secara organik. Biarpun kadangkala harganya lebih mahal dari apa yang kita beli di pasaraya, ianya sangat berbaloi.
Kali ini nak tunjukkan dua jenis epal yang dijual di sini...haa harini kita belajar serba sedikit pasal epal atau
apple. Waktu kecil kita belajar mengenal huruf dalam bahasa Inggeris, A mestilah
Apple kan? jarang sekali
A for Ant, lagi apa ya?
Bila dah kenal epal, rupanya ada epal merah dan epal hijau. Bila dah lama sikit barulah tahu rupa-rupanya epal ni bukan setakat warna sahaja, ada nama, rasa dan dari jenis berbeza! Epal merah ada yang jenis rangup atau yang gebu. Ada yang betul-betul manis, ada yang masam-masam sedikit. Bila dah rasa yang manis, sibuk pula tengok kod label di buah supaya senang nak cam jenis yang kita suka.
Jom tengok gambar!
|
Pasar yang sedap mata memandang |
|
Epal ni namanya sundowner. Saya gunakan epal ini untuk buat kek di entry sebelum ini |
|
Buahnya sederhana besar tapi sedap dan warnanya sangat cantik |
|
Ini pula epal pink lady. Warnanya pun memang pink, tak sama macam epal lain |
|
Pokok epal pink lady.. buahnya lebih besar dari sundowner |
|
Apple crisp dalam paket tu adalah epal pink lady yang telah dikeringkan :) |
Aslmkum Umi
ReplyDeletebestnya dpt epal segar dr ladang....
kat sini epal susah nak dpt yg betul2 fresh..
Waalaikumsalam wbt Mamasya..
DeleteKat sana tak ada ladang epal ya? kat ada banyak ladang buah yg terletak kira2 sejam dua perjalanan. Itu yang mudah sgt nak dptkan buah yg fresh :)
Salam
ReplyDeleteBestnya..segar2
Ada apple crisp juga...apa rasanya ye
Salam Kak,
DeleteMmg segar2 belaka, tengok tangkai pun fresh siap dengan daun pun ada hehe..
Apple crisp tu rasanya manis-manis buah, bila gigit sama mcm keropok yg rangup
kak, tayang lah banyak2 lg psl jenis2 apple... heheheh mcm2 permintaan yek,
ReplyDeletedana suke lyn astro afc (asian food channel) or tlc (travel living channel) mmg mcm2 kadang dia tayang psl apple nih, jenis2nyer baru lah tau banyakkk rupeneyr... kt malaysia nih mmg ada gak jual banyak2 jenis tp tak kenal yg mana rangup yg mana jenis lembik
Sama la k umi suka juga AFC. sayang sekali kat sini tak ada channel mcm tu, tp ada la beberapa cooking show yg best2 mcm masterchef dan MKR.
DeleteApple dpt cover 2 jenis je dulu sbb apple ni ada musim rupanya dan kebetulan pegi kat gerai/orchard ni diorang cuma tanam 2 jenis apple. Betul tu susah nak tahu mana yg jenis rangup. kalau ada nama tu oklah boleh tahu juga. free2 nanti k umi cari.. kalau tak lupa la hihihi
wah..terasa nak g petik epal sendiri la...hehe
ReplyDeleteBest dapat petik epal ni normi.. ada teknik rupanya supaya epal tak lebam. :)
Deletekita suka epal yang umi bagi hari tu..masam masam manis :)
ReplyDeleteEpal haritu masih belum betul2 masak. Kalau dah masak lebih cantik warnanya dan lebih manis ;)
Delete