Mi bandung stok daging. Sedapnya.. saya memang suka mi bandung |
Tengok ni pun terliur lagi walau bahan hiasan tak lengkap. Sepatutnya letak hirisan tauhu goreng, telur rebus dan kentang rebus lebih mengancam. |
Kemudian saya buat mi udang pulak. Mi kuning kali ini dibuat sendiri :) |
Puding susu strawberi sebagai pencuci mulut :D |
Memandangkan ada yang minta resepi tu, terpaksalah saya tulis jugak.. padahal segan (malu) campur betul2 segan (malas) juga haha.. ye la, ramai yg pandai buat mi bandung ni, mcm2 versi ada. Tapi saya bg versi saya super senang untuk org tak berapa rajin/kesuntukan masa + nak makan sedap (bg tekak saya la).. Jeng jeng jeng...
Resepi Mi Bandung (untuk 4 orang makan ok kot)
Bahan-bahan
1 bungkus mi kuning
*3-4 paket perencah mi bandung adabi
*nota: kalau rajin, boleh buat sendiri paste mi bandung. cara: rebus cili kering, blend dengan sedikit bawang merah dan belacan. tumis dengan sedikit minyak dan masak sehingga cili betul2 masak)
bawang putih - kupas dan hiris
2 biji telur
sos tomato
sos cili
sayuran ikut citarasa: kobis, sawi (asingkan batang dan daun), tomato
gula
garam
hiasan: bawang goreng, hirisan cili merah
Hiasan optional: telur rebus, potongan tauhu goreng, hirisan kentang rebus
stok daging: (rebus semua bahan ni bersama2)
1/2 kg daging dihiris nipis
sup bunjut
air
Cara:
1. Panaskan sesudu dua minyak masak di dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan batang sawi
3. Masukkan paste atau perencah mi bandung
4. Masukkan stok daging. Kalau suka banyak kuah, masukkan stok lebih
5. Bila kuah mendidih, masukkan sesudu sos tomato dan 2 sudu sos cili, garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan kobis dan tomato. Bila sayur dah mula layu dan kuah sudah mendidih, masukkan telur satu persatu. Biarkan seketika sehingga telur masak
7. Masukkan mi kuning dan biarkan seketika, jangan terlalu lama takut mi kembang. Tutup api dan mi sedia dihidangkan bersama bahan hiasan ;)
resepi?
ReplyDeleteResepi yg mana satu? Mi bandung daging/udang atau puding susu strawberi? :D
Deletesedapnyer kak... akak penah try tak bt mee bandung ngn biskut meri? cube lah kak... biskut meri tuh ganti pd keledek or kentang... kire dia memekatkan kuah... biskut meri tu di tumbuk @ di blend, bancuh dulu sblum msk dlm kuah mee bandung tuh... bau dia pun lain kak
ReplyDeleteTak pernah try lagi Dana.. bkn mi rebus ke yg letak keledek atau kentang untuk pekatkan kuah. mm dengar letak biskut meri tu pun dah sedap. tiba2 lapar nih :p
Deleteagak2 bau tu sampai dekat jiran sebelah tak? hihihi
alahai sedapnya..:)
ReplyDeleteSedap Normi, tgk le siapa yg masak. kui3 :)
Deletekak umi nak resepi mi bandung please...
ReplyDeleteSu, k umi dah letak tu. nanti try tau. kalau tak sedap tu jangan marah yee hehehe
Deletetak sabar tunggu mi kari ni... ^^
ReplyDeleteMi kari? mi kari ke mi bandung? takpe nanti kita mkn laksa pulak okeh. nak pegi mancing dulu cari ikan nih :D
Deletealamak, tersilap. laksa la...
Deletecannot tahan la tengok food kat sini....!!! meleleh je.. hehe..
ReplyDeleteHaha manalah sama dengan makanan kat sana, Kak. sana lagi sedap dengan nasi kerabu, nasi dagang.. nasi kandar.. yumm yumm :)
Delete