Monday, September 16, 2013

RA American Beauty

Hobi yang tak sudah-sudah.. bila tak ingat atau tak nampak tu ok lagi. Kalau dah ternampak tu terus tidur malam tak lena teringat nak beli..hehehe.. Set cawan dan piring ni saya beli online.

Kadang-kadang beli melalui online ni harga barang ada yang murah tapi bila campur dengan kos pos jadi sama aje macam beli kat sunday market, atau kadangkala jauh lebih mahal. Tapi corak bunganya tu memanggil-manggil. Pejam mata nak tidur pun boleh nampak lagi - lepas tu ada orang mengadu tiba-tiba duit dalam akaun kena tolak. He he he.. So tak boleh buat selalu aktiviti ni, kena elakkan dari tengok bunga-bunga ni lagi. Apa pun masih sempat sambar apa yang diidamkan.

Oh lupa pulak, tahun lepas dah dapat beli satu set RA American Beauty ni, tp setnya kecil-kecil comel sahaja. Boleh tengok kat SINI.

Jom tengok gambar, harap jangan ada yang tidur tak lena sudahlah.
Bunga ros penuh keliling cawan dan piring

Dulu-dulu mesti saya suka lukis ni

Cantiknya bunga

Yang ini RA Princess Anne 

Ini pula piring RA American Beauty

Beli dua piring dengan saiz berbeza

Kemudian ternampak pin dish ini

Cop di bahagian bawah pin dish dan piring

Jug krimer yang sangat comel dibeli sekali dengan pin dish. Tengok saiznya kecil saja pun

Ini pula set bertiga (trio)

Koleksi tahun ini, entah bila nak cukup satu set.. dapat dinner set pun ok jugak kan kui kui kui :p

4 comments:

  1. Asalam Ummi..sib baik lah nekcik ni peminat setia corelle..alhamdulilah tak tergoda dgn RA..kah..kah...
    So nnti kalau Ummi buat sale utk corelle tu..jgn lupa gitau ye..1 set jer lagi..he,,he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nekcik,
      Wah patut boleh jd duta corelle ni. Mmg peminat setia. Set design apa yg nekcik cari tu ce bgtau umi tgk kot2 ada.. ;)

      Delete
  2. akakk....dimanakah membeli iniiiiiiii. Tidaklah boleh lelap mata nengoknyeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elena, k umi beli kat ebay.com.au hehehe.. Cantik kan? :)

      Delete