Thursday, June 27, 2013

Ayam golek

Ayam golek ni dibuat beberapa hari lepas.. kemudian terperasan yang Dana pun ada buat ayam bakar. Wah resepi Dana lebih mengancam gitu, cam sehati sejiwa pulak kita buat ayam sama-sama kan? hehehe

Tapi ayam golek ni simple aje.. sekadar nak cuba-cuba agak-agak boleh tak buat biz ayam golek depan rumah menjelang Ramadhan nanti :)

Bakar atas rak yang diletakkan dalam roasting pan



Maaflah seksi pulak ayam ni, tak jumpa tali nak ikat kakinya :p

Bahagian ni dah dibook oleh peminat ayam. Ikutkan dia nak makan ayam aje tapi paksa juga dia makan nasi he he



Resepi ayam golek (Basic roast chicken)
Bahan-bahan
1 ekor ayam (saya guna ayam seberat 2.4kg)
Garam
Serbuk lada hitam 
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis
5 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - dibelah 4 (optional)


Cara memasak
1. Bersihkan ayam dan lap kering
2. Lumur ayam dengan garam, serbuk lada hitam, jintan putih dan jintan manis rata-rata termasuk di bawah kulit ayam dan di rongga bahagian dalam ayam.
3. Masukkan bawang ke dalam rongga ayam. 
4. Perap ayam selama kira-kira 2 hingga 3 jam. Boleh juga diperap semalaman dan disimpan dalam peti sejuk.
5. Panaskan oven pada suhu 220C.
6. Letak ayam di atas rak di dalam roasting pan.
7. Bakar selama satu jam atau sehingga ayam masak (tempoh ayam masak bergantung kepada berat ayam, jika ayam besar tempoh memasak adalah lebih lama). Untuk tahu sama ada ayam sudah masak, potong sedikit dibahagian isi paling tebal. Jika jus yang keluar berwarna jernih, maknanya ayam telah masak.
8. Bila ayam telah masak, keluarkan dari oven dan 'rehat'kan ayam dengan cara menutup dengan aluminium foil selama 10 minit. Selepas 10 minit ayam sedia dihidangkan. Bila ayam telah direhatkan, isi ayam lebih moist dan kulitnya tidak kering.

Nota:

1. Boleh tambah sebiji lemon ke dalam rongga ayam sekiranya mahukan ayam dengan rasa dan aroma lemon. Jika suka boleh juga tambah herba seperti rosemary dan thyme.
2. Boleh juga letakkan sayuran seperti karot, kentang yang telah direbus separa masak, capsicum dan sebagainya di sekeliling ayam jika suka.
3. Jika suka pedas, boleh tambahkan kuantiti rempah di atas atau masukkan sedikit serbuk paprika.

8 comments:

  1. Salam Umi...ya ampuun..tak dapeklah nekcik nak cuba resipi ni...nekcik takuut (gelak lah takpe) nak pegang ayam sekor sekor ni..nampaknya tergolek jerlah kat situ.. hi..hi...kalau dah potong 16 takpe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nekcik,
      Kenapa takut nak pegang ayam sekor sekor, jangan risau ayam ni dah mati hehehe.. seronok jugak buat ayam golek ni sebab boleh masak ikut citarasa sendiri :)

      Delete
  2. Replies
    1. Salam Kak, Umi dah letak resepi. simple aje kan hehehe :)

      Delete
  3. As salam. Cik kak umi !!...amboi lagi sakan dgn ayam golek...! Cabai buat bunga...! Buah tembikai buat bakui x dak ka?? Udang galah panjat2. X dak?? Kalau tidak baru macam lauk pengantin...hik..hik!!

    Chek makan ayam golek...!! Masa jadi mapelair aja...pas tu sapa pun x teringin nak buat utk chek.
    Chek nak buat pulak...tak reti!!!

    Bubuh la resepi cik kak ooii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cik Mona,
      Hahaha nak tergelak dengaq cabai buat bunga tembikai buat bakui haha.. udang galah mana nak cari? lobster ada la tu pun sekoq boleh la kot.
      Amboi untung dia dpt mkn ayam golek masa jadi mapelair noo.. banyak ka makan? selalu pengantin ni tak makan banyak hehehe.. tu dah letak resepi jangan lupa trai noo :D

      Delete
  4. Salam Kak Umi:)
    Sedap nya tgk ayam tu...mcm crispy2 je kulit dia...dah dekat nak pose dah kan.kejap je..sonoknye pose kat sane sejukkss sejuksss..kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hannani,
      Memang sedap ayam tu. Isinya lembut dan terasa manis dan cukup dengan rempah-rempah. Rupanya kena rehatkan ayam baru betul2 sedap.
      Sekarang ni siang boleh tahan panas lagi. Malam suhu turun, ramai kena demam selsema dan batuk2.. :p

      Delete