Sunday, June 30, 2013

Movie time!

Sabtu lepas melayan permintaan anak-anak untuk menonton filem Despicable Me 2 di panggung wayang berhampiran. Semasa mula-mula datang ke sini agak terkejut tengok tiket wayang yang sangat mahal.. Dah tentu semuanya nak bandingkan dengan RM dan apa yang kita nikmati semasa di tanahair sendiri. Fikir-fikir, hmm mimpilah nak tengok wayang kat sini. Tak lama selepas tu sekolah menganjurkan tayangan filem di sini dengan tiket serendah $10 seorang.. sejak tu dah dah pandai pulak tengok wayang kat sini :p

Kalau minat tengok wayang kat sini, seeloknya jadilah ahli dengan bayaran yuran tahunan serendah $10. Sebagai ahli, anda akan mendapat satu tiket percuma (setiap kali perbaharui keahlian tahunan) dan juga mata ganjaran yang boleh ditukarkan untuk mendapat diskaun pembelian pop corn dan sebagainya. Ahli juga dapat membeli tiket dengan harga yang lebih murah berbanding bukan ahli. Ada ketikanya juga panggung wayang akan membuat offer tiket semurah $10 untuk filem-filem terpilih setiap minggu. Menarik kan?

Kalau suka ke panggung wayang bolehlah.. kalau tak kena tunggu dvd keluar baru boleh tengok filem tu. Tu pun dvd agak mahal kalau baru release.
Bawak minion tengok minions :p

Comel lah.. 

Kaunter menjual tiket, pop corn, air.. semuanya beli kat sini

Pop corn masin

Dulu-dulu susah nak telan, sekarang ni bantai aje la

Sejuk-sejuk ni masih setia dengan frozone

Minions :)

Inilah rupa kad ahli

2 comments:

  1. Salam Umi..happynya anak2 bila mama dia bawak g tgk movies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Atie,
      Budak2 ni mmg excited kalau dapat tengok wayang.. tapi sebelum tu kena suruh diorang kemas bilik yg bersepah. Bila ada 'upah' mcm ni baru jadi rajin :D

      Delete