Entry kali ni adalah tentang Kymba.
Kymba ni kami dapat dari tuan lamanya yang dah tak boleh lagi membelanya.. Mungkin sebab dah banyak sangat dia bela kucing? Atau Kymba ni banyak songeh/kuat makan? Semasa Kymba dihantar ke rumah, bekas tuannya siap bawa tilam, bekas air, makan dan segala jenis makanan dalam tin, dalam pek dan snek. Siap bagitau bila waktu makan bla bla paling tak tahan kena panaskan makanan dalam
microwave dulu. Eeekk.. yang tu memang takkan buatlah, tak sanggup panaskan makanan kucing, kongsi
microwave. huhu
Sejak tinggal dengan kami memang agak mewah si Kymba ni. Kalau ada makanan yg dia tak suka, dia takkan makan. Makanan dalam tin perlu dicincang-cincang, tak boleh letak seketul nanti tak habis. Kalau dah jemu dengan satu perasa, dia akan tukar selera dengan perasa lain pulak. Bila bandingkan gambar lama dan bila timbang Kymba barulah perasan yang Kymba ni makin besar, dah 7kg!
Dua bulan lepas kami telah membawa Kymba ke
Vet untuk diletakkan
microchip. Mulai November tahun ni, semua kucing peliharaan perlu dimikrocipkan dan didaftar dengan majlis perbandaran. Ini adalah untuk mengelakkan kucing-kucing berkeliaran dan menyusahkan jiran-jiran. Jika hilang dan dijumpai, senang untuk kenalpasti tuanpunya kucing. Selain dari itu penyewa tidak boleh membela binatang pemeliharaan melainkan dengan kebenaran pemilik rumah dan biasanya bayaran
bond akan dikenakan kepada penyewa.
Jom layan gambar-gambar..
|
Hi, my name is Kymba :) |
|
Besar betul Kymba,, berat pulak tu |
|
Tapi untung betul semua orang sayangkan dia |
|
Aktiviti musim sejuk, menjadi tenggiling hehehe.. selimut pun ada tauu.. warna pink gituu |
|
Tunggu abah balik.. kejenye mengendap ke luar rumah |
|
Badan besar sangat tak muat lalu bawah pintu |
|
Sabar tunggu orang buka pintu |
|
Tapi tak buka pintu jugak, terpaksa golekkan badan |
|
Sambil mengeliat.. |
|
Guling-guling |
|
Jenguk lagi bila nak buka pintu ni... nak keluar juga :) |
K.umi.. Klu kt sana, kucing betina kena kasi (mandulkan) tak. macamana dengan vaksin?
ReplyDeleteKt melbourne, microchip, kasi, vaksin semua kena. 1rumah boleh bela 3ekor je. Kalau lebih n council jumpa kena matikan. Kalau merayau xd tuan sbb xdidaftar pun council akan serah kt vet pun ditidurkan diam2. Kalai vet pengasih penyayang die inform kt sape2 yg dienkenal utk bela if berminat.
Nurulizzahz,
DeleteKat WA ni diorang baru nak start microchip dan register. kalau tgk kat website council, rules hanya untuk anjing. Tu pun ramai owner dan bising kenapa nak microchip dan register terutama kucing yg tak keluar rumah. Council ada bg subsidi untuk sterilisation tapi tak mandatory. Tak ada rules untuk jumlah kucing atau vaccination.
Kucing yang merayau tu diorang cuma akan trap kalau sampai mengganggu. Kalau ada identification, akan dipulang pada owner, if not akan diserah pada Cat Haven, RSPCA atau local vet untuk adoption. Setakat ni jaranglah jumpa kucing merayau-rayau atau buat bising waktu malam.
Lagipun lebih ramai yang bela anjing dari kucing kat sini sampai nak jalan2 atau berjoging kat taman pun susah. :p
Kucing akak pun fussy eater jugak. Kalau beli makanan yg dia tak suka, jgn harap lah nak makan. Kalau dah jemu pun dia tak makan. Sanggup berlapar n merayu mintak yg lain. Homebrand tak nak tau. Nak yg mahal je.
ReplyDeleteBangun pagi terus nak makan. Kalau tak dia tunggu depan pintu bilik. Kalau lambat sangat dia cakar2 pintu bilik minta makan. Makan malam pukul 5.00pm. Kul 5.00pm je dah tau minta makan. Selalunya itu semua kerja my girl. Tp iyelah kkdg dia pun lupa or malas. Kucing akak terus masuk bilik mengadu kat husband akak yg tuan kecik dia tak bagi dia makan.
Mengada2 tul kucing tu. Birth name dia Senorita. Nama timangan cat atau meow meow. Kalau panggil dia Cat makan! paham bahasa tu...
Hahaha boleh geng lah dengan Kymba ni. Senorita makan brand apa kak? Kymba ni suka fancy feast royale dengan dine, pure whitemeat tuna. silap beli, takmo makan. Dah tu kena tunggu time dia makan. Heee geram hehe..
DeleteBetul pagi2 kejenye nak makan, lepas tu nak keluar. Musim sejuk ni kadang2 siap duduk depan pintu teragak2 nak keluar sebab sejuk.
Wah Senorita pandai mengadu ya? Cerdik betul. Pandai betullah kucing ni kalau bab makan ni mmg reti bahasa.. hehehe
Dia makan fancy feast royale dengan dine jugak. Kalau ada yg rice n gravy or ngan veggie. Dulu suka jugak tuna or seafood, lepas tu jemu, mkn ayam. Jemu jugak tukar balik seafood. Betul tu kalau makan kita kena tunggu. Siap suruh berdiri sebelah dia. Kkkdg bila ada leftover ikan or ayam, bagi ngan nasi pandang pun idak.
DeleteKucing akak ni penakut. Sebelum keluar mcm Kymba duduk depan pintu survey dulu. Kalau ada bunyi2 apa dlm rumah ke apa, telinga mesti naik. Kalau ada thunder, lari bawah katil.
Ada sekali tu, nasib baik dia ada. Masa budak2 start 1st term dulu akak baru sebulan habis chemo. So tengah hari mesti 'nanna nap'. Selalunya kul 2.15 gitu dah bangun sbb nak ambil budak2 dari sekolah. Tp ter oversleep. Senorita beriya2 mengiau2 kejutkan akak. Kalau tak tentu anak2 tunggu lama depan sekolah. :). That's the beauty of pet.
Kena tunggu time makan jugak ya. Haha teringin nak tengok rupa dia, mesti manja keledek sama mcm kymba. Bab penakut tu mmg serupa je. Kalau kita ada baru berani kot. Dengar bunyi vacuum cleaner ni pun dah lari.
DeleteBagus kan senorita tolong kejutkan akak. Kucing ni pandai agaknya.. kymba pun kalau pagi2 bunyi alarm, dia datang mengiau2 jugak suruh kita bangun. kalau kita tak bangun juga, dia join sekali pulak zzz :p
bgs gk kak peraturan kt sana, tak lah mcm kt malaysia merata2 kucing, sapa2 yg tak suke buang ikut suke je...
ReplyDeletemmg betul2 mewah si kymba tuh yek, mkn nk kene hidang memilih gk tuh, tp msti syok peluk ngn berat n gebus gitu kak, heheh pandai dia ngintai nk kuar ek, dia tak panjat pagar tu lak kak
Haa itulah, ingatkan boleh la jumpa kucing tepi2 jalan nak kutip bawa balik ke, tapi tak ada pulak. Semuanya bertuan :p
DeleteKymba mmg mewah dan manja. Tp kadang2 geram sangat dgn dia bila suka lari dan pintas kita tengah berjalan sampai dah tersadung kaki. Yg bagusnya sedap peluk sgt gebu sekali.
Dia nak panjat pagar tu tak boleh sbb badan beraat sangat tak boleh melompat tinggi hahaha
Akk besarnye kymba tpi comel hehe
ReplyDeleteKymba kata meow meow (thank you) hehehe :)
Deletegumuk nyer kymba ni...geram tgk..sedap peluk ni kak...
ReplyDeleteGumuk dan gebu sekali. Mmg sedap peluk, kalau tak ada bantal, boleh aje peluk Kymba :)
DeleteHi geraammmmnya tngok si Kymba ni...x larat nekcik nak ndukongnya....jomlak kymba dtg umah nekcik...ada rmai kawan...ada 3 boys n 3 girls...DBKL tak kacau...sbb dok dlm umah jer
ReplyDeleteHehe 7kg berat kymba tu Nekcik, lebih sikit dari beras kampit 5kg tu. Wah ada ramai kawan ye rumah nekcik, best tu mesti kymba suka banyak peluang nak duduh beriba :)
Delete