Tuesday, June 4, 2013

Garden updates

Jom jenguk pokok-pokok kat tepi dan belakang rumah. Dah lama tak buat lawatan tapak :)

Mini ros terbaru.. pokok aje mini tapi bunganya tak mini langsung

Terpaksa tongkatkan bunga tu sebab berat sangat

Cantik tak?

Yang ni masih belum kembang

Pokok lemon belakang rumah

Pokok kat tengah gambar tu dah hampir botak.. mmg biasa macam ni setiap kali musim luruh

Banyak lemon yang dah masak

Masih banyak juga yang belum masak

Alhamdulillah lemon masak tak putus-putus, buahnya lebat sampai ranting turun ke bawah

Pokok selom.. mula-mula menjalar lepas tu tumbuh jadi macam ni pulak

Pelik jadi lain macam, mungkin dah kawin dengan pokok daun sup? hohoho

Pokok dil.. citer hindustan dil to pagal hai amik sempena pokok ni la hahaha

Pandan laa apa lagi.. berjaya bertahan sehingga kini

Anak pokok sup.. tak payah susah-susah tanam, membiak sendiri dari pokok asal

Bunga ros sebelum ini masih meriah. Boleh tengok entry pasal bunga ni di SINI.

Rasanya dekat sebulan dah berbunga macam ni

Setiap hari mesti tak jemu-jemu membeleknya.. 

18 comments:

  1. As salam,
    Seronoknya tengok pokok lemon sedang berbuah tu. agak agak boleh tanam ke di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Azie,
      Rasanya ada dengar orang tanam lemon kat Malaysia tapi tak pernah jumpa sendiri. Lemon ni banyak yang besar-besar macam buah grapefruit. Selalu bg kat kawan2 atau diorang datang petik sendiri. Buah sentiasa ada.. :)

      Delete
  2. As salam. Umi yg ku rindu...!!!.oooiii. baru tau...depa pun suka tengok citer Hindustan...hikk..hik..!!

    Geramnya tengok lemon....Kat belakang umah chek ada sepokok....sampai la ni x berbuah...berdaun...saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cik Mona,
      Amboi lama tak nampak, bz study kat anak ka haha.. eh la taktau ka kita dulu layan hindustan jugak. bila dah mai sini kena berenti sat la, layan citer omputih pulak :)

      Oo Cik Mona la tuan punya pokok lemon tu. besaq ka? awat dia tak berbuah kena p pujuk dia suruh berbuah la tu ;)

      Delete
  3. Aslmkum Umie
    best rumah ada laman dg pokok lemon yg lebat itu.....subur betul pokok penuh buah. bunga rospun cantik berkembang.
    re; tuanrumah yg jemput kami lunch itu President Uni/Vice Can..itu yg satu bldg rumah dia.kalau tak silap 6 tkt....nasib baik ada lif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mamasya,
      Mmg best sangat sampai tak tahu nak buat apa dah dengan lemon banyak2 ni. Nak buat jeruk/acar pun tak sempat. Bunga ros sekarang baru start kembang, tak sabar tunggu spring pulak.

      Oh tuan rumah tu VC ke patut la rumah sampai 6 tingkat. Nampak gaya camtu kalau ada 6 org, masing2 boleh tinggal kat tingkat sendiri lah kan. Cuma dapat imagine mcm mana :)

      Delete
  4. Umi,

    kenapa ek pokok selom umi tu lain rupanya? ke varieti OZ lain? hikhikhik

    wah suburnya dill umi tu, dulu dini pernah tanam, tp tak berapa tahan cuaca malaysia kot.....lagi satu geram kt daun sup umi....wahrggkkkk, berpotensi utk subur tu......dini setiap kali semai, tak pernah berjaya....kesian kan....hukhukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dini, masa beli pokok tu mmg rupa selom. Bila dia dah start menjalar, tengok2 dah rupa lain pulak. Jenuh menyiasat, tp tak pernah try makan lagi. Masa mula2 beli try mkn, rasa dia tajam sikit.

      Pokok dil sebelum ni tanam dalam pot dan letak tepi tingkap pun mati juga. Bila tanam dalam pot, letak bawah pokok lemon jd subur. Daun sup tu baru anak pokok je, pokok sup yang asal tu lebih besar. Banyak jugak trial and error tp paling senang pokok sup tak yah susah2 tanam, merata2 bercambah anak pokok sup :)

      Delete
  5. ya Allah..cantiknya rose tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu2 Normi.. mmg suka dengan rose2 ni ;)

      Delete
  6. Sis, lebat sungguh pokok lemon tu. Rumah akak, tak de lemon. Ada oranges tp masam bila makan. Akak buat oranges tart tp hilang lak masam dia.

    Mana dpt pandan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah Akak ada pokok orange ya. best tu.. lebat tak buahnya? umi pun lebih suka buat kek guna oren dari guna lemon, lemon masam tak tahan.

      Pokok pandan umi beli kat sunday market canning vale dalam setahun lebih dah. Tapi umi tak pakai pun daun dia sebab aromanya kurang, last2 pakai pandan frozen jugak :)

      Delete
    2. Lebat jugak la orange nye. Suruh anak2 petik simpan. Kalau tak terlampau ranum dia jatuh n lalat dtg. Buat air bagi budak2 minum. Extra Vit C time winter ni bagus.

      Delete
    3. Bestnyee dpt buat jus. Lemon ni umi kureng sikit sbb kalau mkn/minum rasa cam makan sabun basuh pinggan pulal LOL :)

      Delete
  7. Salam umi:) ya allah lemon geramnyerrr rasa nak terbang ke applecross ni:) bunga2 pun sangat geram tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zu,
      Boleh apa salahnya, datanglah petik2 lemon dan buat tart lemon atau perah dalam sambal fuhh sedap tak terkata :)

      Delete
  8. aduhla kak, mini ke bunga ros tuh... selambak beso gitu, tp geram tul nengok pokok lemon akak tuh... geram tul... bukan main banyak buahnye,lbt betul lah kak...

    aah la apasal lain pesen daun selom akak tu ek,rasa dia camne kak? msh sama or lain skit? tmpt akak tu campak je msti idup kot kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu lah ingatkan pokok mini bunganya mini.. sekali tengok lahh besar jugak bunganya tak padan dengan daun. Lemon tu mmg lebat berbuah mungkin sbb pokoknya pun dah lama.

      Betul la daun selom tu, tp rasanya tajam sikit. Bila perhati pokok2 kat sini mmg lain sikit contohnya pokok kesum pun lain sikit rupanya. Tak semua juga boleh hidup, dah try tanam halia tp setakat ni tak berhasil lagi :p

      Delete