Sedikit cerita tentang jalan-jalan ke
Farmer's Markets di Palmyra. Pasar tani ini diadakan setiap hari Ahad mulai 8 pagi hingga 12 tengahari bertempat di padang sekolah
Palmyra Primary School, 60 McKimmie St, Palmyra WA.
Ada dua insiden yang melucukan sewaktu ke gerai buah. Pada mulanya ada seorang budak lelaki yang asyik merenung ke arah kami. Mungkin hairan melihat orang Asia? Sama macam ekpresi kita melihat mat saleh pergi ke pasar di tempat kita agaknya he he.. kemudian datang seorang budak perempuan dengan ibunya. Di atas meja buah terdapat sepinggan potongan buah tembikai. Suami saya telah bergurau dengan budak perempuan tersebut dengan mengatakan yang dia boleh mengambil semua potongan buah yang ada. Selepas kami membayar sayuran dan buah yang dibeli, kami menuju ke gerai seterusnya sebelum tertoleh dan melihat budak perempuan tersebut sudah keluar dari gerai tersebut bersama-sama pinggan tembikai tersebut. Kemudian disusuli oleh ibunya yang berlari mendapatkan anaknya dan memulangkan semula pinggan buah tersebut. Isk3...kena hati-hati jangan bergurau sebarangan dengan kanak-kanak... :p
Berdasarkan
website, pelawat yang ingin membawa anjing perlulah mengikat anjing di tempat yang disediakan. Tapi tak kurang juga yang masih membawa anjing ke gerai sehingga menyusahkan orang lain. Hmm..
Dari segi persekitaran, sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ada tempat permainan yang selesa. Namun saya dapati gerai disediakan tidak sebanyak
Manning Farmer's Market kerana tidak banyak pilihan yang ada di situ.
Maklumat lanjut
http://www.westernfarmersmarkets.com.au/
|
Kain rentang |
|
Taman permainan kanak-kanak di sekolah ini |
|
Gerai makanan |
|
Gerai menjual French crepes |
|
Tempat aktiviti kanak-kanak |
|
Gerai menjual jem, teh dan sebagainya |
|
Suasana di sini |
|
Inilah tempatnya, bertempat di padang sekolah |
|
Salah satu tempat mainan yang biasa ada di sekolah-sekolah di sini |
|
Homemade jam, pickles, biscotti dan sebagainya |
|
Gerai menjual empanada |
|
Diorang sangat friendly kalau kita mengambil gambar |
|
Pekerja sedang membuat empanada |
|
Epal pelbagai jenis.. Rosey Red |
|
Strawberi |
|
Parsley, labu, pisang kaki, cili dan sebagainya. Sangat menarik! |
|
Pisang kaki.. rhubarb pun ada! Rugi tak beli.. teringin nak cuba resepi menggunakan rhubarb |
|
Gerai menjual native plants |
|
Kacang walnut dan pecan |
|
Pink lady, granny smith apples serta Packhan pears |
|
Tengoklah anjing kat sini semuanya besar-besar |
bestnya market kat sana..open..:)
ReplyDeleteOpen dan bersih sekali, kan Normi? :)
Deletemmg bersih lah! oh ya this week farah akan ke perth. yahoooo. cik kymba bleh bgtau tak saiz baju di sana. ramai plak yang pesan ni
ReplyDeleteSaiz baju kymba ke? hahaha gelak besar kymba camtu. Kat sini saiz baju ada yg S-2XL mcm kat sana, dan ada juga dalam bentuk nombor eg 16-18 utk saiz biasa (rasanya 18 tu L) dan 20 ke atas utk plus size.
DeleteNak pesan baju apa tu, baju kat sini harganya boleh tahan harganya tp so far kebanyakannya made in india/china/bangladesh etc :)
Bestnya k.umi. Beli banyak2 kacang, later u can make ur own nut butter.
ReplyDeleteMmg best Wati.. ada juga beli kacang kat sini, mcm pistachio tu huu puaslah makan sampai terbatuk2. tak sempat nak buat nut butter :)
Delete