Oleh itu kami telah mencari resepi daging masak itam yang sinonim dengan kedai nasi kandar ni.. dan ingin cuba adakah ia sama dengan yang asal. Memang tak menghampakan. Rasanya sangat sedap, rasanya lebih sedap dari kedai.. hehe mungkin sebab lama tak makan? Kredit sepenuhnya kepada grand masterchef, walaupun berasal dari Klate, dapat menghasilkan masakan mamak Pene yang sangat awesome sekali. Excellente!
Penuh rempah ratus.. aromanya memenuhi satu rumah |
Sedia dimakan.. sedappp |
Resepi daging ini diambil dari blog kat SINI. Saya copy paste resepi untuk rujukan kemudian hari.
Resipi: Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.
Bahan-bahan :
1.Daging Lembu 1 kg (dipotong hiris mengikut urat daging 16 keping).
2.Bawang besar 2 biji dipotong hiris memanjang.
3.Rempah kari Daging 1/2 pkt rempah daging 250gm.
4.Serbuk Jintan Putih 1 sudu kecil (tsp)
5.Serbuk Jintan manis 1 sudu kecil (tsp)
6.Serbuk Kas-kas 1 sudu kecil ( Tidak kemestian)
9.*Cili Giling (sedia) 2 senduk besar atau mengikut kepedasan anda inginkan.
10.Santan pekat 250 gm jika kehendaki.
11. Gula pasir 1 sudu besar (tbsp)
Bahan untuk kisar / Tumis:
- Bawang labu bersaiz besar 2 biji dikisar dan asingkan
- Bawang putih 6 ulas + halia 10cm dikisar dan asingkan.
- Serai 2 batang di ketuk di pangkal.
- Daun pandan di potong 3″ sebanyak 4 helai. Daun kari dua tangkai.
- Kayu manis campur 2 btg.kayu manis + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
- Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) 2 senduk besar sesuaikan warna yang dikehendaki.
- Minyak masak dua senduk besar.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras yang terlalu sedikit. Simpan air daging ini untuk jadikan kuah.
2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas, masukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang (garam masala kalau ada) , daun pandan, daun kari, dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan bau harum.
3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
4.Masukan Bawang kisar dan bahan kisaran Halia + Bawang Putih kacau sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan Rebusan daging dan Airnya sekali. Kacau rata.
6. Masukkan serbuk kari,Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
7. Kecilkan api dan masukan 1 sudu besar gula pasir. Masukkan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.
Hidangan untuk : 10 orang
Kos :RM20.00
*NOTA:
Penyediaan Cili Kisar:
Cili kisar yang bermutu boleh disediakan dengan memotong cili size kecil dengan gunting mengikut 45 darjah.Rebuskan sehingga cili lembut.secara biasa biji-biji cili akan gugur.Bersihkan rebusan dengan penapis. Kisar cili mestilah 1 bahgian cili di balang pengisar dan 1 bahgian air. Jangan sendatkan balang pengisar.Gunakan hanya 3/4 bahgian balang pengisar supaya balang mempunyai ruang.Sekiranya kisaran menjadi kasar atau berat masukan satu sudu minyak masak ke dalam balang pengisar. Kisaran perlu mengikut waktu yang ditetapkan oleh pembuat pengisar kebiasaannya 1 minit berhenti 30 saat dan kisar kembali. Kisaran berterusan akan membakar motor pengisat.Elakan menggunakan bahan panas dikisar.Ini akan menumpulkan pisau pengisar.Tentukan setiap kali habis pengisan bersihkan balang pengisar dengan betul.Tentukan cili kisar ditutup rapat dan Cili yang telah dikisar perlu simpan di bahgian bekuan peti sejuk bukan di bahagian penyejuk.
Aslmkum Umi
ReplyDeletesebut nasi kandar.....dah terbayang kesedapan nasi kandar dg pilihan mcm2 lauk. tambah mkn dg daging nasi kandar...sedappnya..
Wsalam Mamasya,
DeleteTak mengapa tak lama lagi dapat rasa makanan yg sedap2 lagi kan? Betul nasi kandar ni mmg banyak sungguh pilihan lauknya sampai tak tahu nak yang mana :D
terliur nengok akak nyer daging msk itam tuh, mkn ngn nasi putih biasa pun boleh bertambah2 nih
ReplyDeleteSedap tu Dana kalau makan dengan nasi putih biasa, tambahan pula bila nasi panas2.. hehehe
DeleteI yang duduk di Penang x rasa nak makan. sbb anytime bleh dapat kan hehe. Hah i dah lama balik dari Perth. Sesungguhnya Perth memang tenanggg. dok teringat lagi ni. especially fish n chip. kak umi nak p lagi laaa huhu
ReplyDeleteKalau duduk Penang lagila anytime bole mkn, pilih je kedai mana yg sedap ye tak? Oh dah datang ke sini ya.. mmg best je dok sini sgt tenang. Ada rezeki dtglah lagi :)
DeleteAs salam. Tanga chii umi...apa sudah jadi!! Mengidam nasi kandaq !!! Bukan ka di sana pon dok ada juai nasi kandaq.. ????
ReplyDeleteApa pun Tahniah sbb rajin n nampak menjadi daging itam tu!!!
Bubuq gandum n pulut...x teringin ka???
Wsalam Aci Mona,
Deletehaha apa nak buat kat sini kedai nasi kandaq tak juai daging masak itam. depa buat lauk kambin saja la, chek mana makan kambin :p
Terima kasih la sbb kata nampak menjadi. memang menjadi pun walaupun dibuat oleh mamak jadian hihihi.. bubuq gandum dengan pulut tak teringin. la ni dok teringat nasi ulam pasai bila mai bulan posa mesti nak makan nasi ulam.. iskkk mana nak cari ulam ntah habaq mai sat :p